Oleh pada 14 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Official Hlive

    

Pertandingan komedi berskala mega, Muzikal Lawak Superstar (MLS) kembali untuk musim ketiganya!

Edisi 2022 bakal menyaksikan pertarungan sengit antara 12 kumpulan yang terdiri daripada nama-nama regular seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta pemegang trofi Top Top Meletop Wanita, Shiha Zikir.

Penilaian terhadap persembahan pelawak itu sebahagiannya terletak di tangan panel juri tetap yang terdiri daripada Datuk Awie selaku ketua juri, pelakon dan model terhangat, Siti Saleha dan personaliti dan pengacara terkenal Singapura, Najip Ali.

Muzikal Lawak Superstar 3 menggandingkan dua figura sebagai gandingan penyampai, salah seorang daripadanya artis terkenal dan serba boleh tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom yang akan diiringi pengacara baharu yang akan diumumkan pada konsert pertama.

Kumpulan pelawak manakah yang akan menyerlah dalam acara musim ini dan kumpulan manakah yang akan tersingkir? Saksikan Muzikal Lawak Superstar musim 3 yang dipersembahkan secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil bermula 22 Julai 2022, setiap hari Jumaat, pukul 9 malam, hanya di saluran 107, Astro Warna. Untuk tontonan online bagi pilihan yang lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand melalui Astro Box dan aplikasi Astro Go.

     

Berikut adalah senarai kumpulan dan anggota yang menyertai seperti yang diumumkan pada Majlis Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 3  yang diadakan di Laman Wau, Kompleks Kraf, Kuala Lumpur, semalam.

    

Senarai Penuh Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim Baru)

Kumpulan Cili

muzikal lawak superstar 3

Kredit foto: Instagram Shiha Zikir

Ahli : Ali Puteh, Achey & Shiha Zikir

Kumpulan Bahroy

Ahli : Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan & Roy Azman

Kumpulan Ubi

Ahli: Fad Bocey, Sharif Zero & Name

Baca: Biodata Namie Smy (Kumpulan Ubi), Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022, Personaliti Tiktok

   

Kumpulan Ood

muzikal lawak superstar 2022

Kredit foto: Instagram Chiwan Chilok

Ahli : Man Raja Lawak, Chiwan & Zahid

Kumpulan Arteh

peserta muzikal lawak superstar 2022

Kredit foto: Instagram Qody Rany

Ahli : Has, Dewa & Qody Rany

Kumpulan Sobat

peserta muzikal lawak superstar 3

Kredit foto: Instagram @tunkunoorkhalilah

Ahli : Che Mat, Najua P Ramlee & Dd Chronicle

Kumpulan Ngam

muzikal lawak superstar 2022 minggu

Kredit foto: Instagram Wan Wala

 

Ahli : Achok Chilok, Wan Wala & Aya Amiruddin

Kumpulan Wisel

Ahli : Wan Gegau, Salman Al-Farisi & Iskandar Norzaman

Kumpulan Joki

muzikal lawak superstar 3 minggu

Kredit foto: Instagram Beby Acha

Ahli : Gomok Gahai, Fuad Nasirr & Beby Acha

Kumpulan Benjo

Ahli : Noxx Hazwan, Filzah Azmi & Kinjo

Kumpulan Selit

muzikal lawak superstar 2 7

Kredit foto: Instagram Ajo Mamu

Ahli : Ajo, Azmir Aziz & Shidi Data

Kumpulan Abioso

Ahli : Sarip, Amin & Puspa Gomen

Baca: Keputusan Mingguan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Kredit video: Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 3, Barisan Peserta, Juri Tetap & Hos • LIVE




Hakcipta iluminasi.com (2017)