Oleh pada 26 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

  
Muzikal Lawak Superstar musim ke 3 (MLS3) menyaksikan persaingan sengit antara 12 kumpulan yang terdiri daripada gabungan pelawak, selebriti dan KOLs di pentas pertandingan komedi muzikal yang diadakan setiap minggu.
  
Edisi musim ini bukan sekadar menggunakan bakat tempatan, tetapi perkongsian bakat sehingga ke peringkat antarabangsa membabitkan penyertaan bintang komedi dari luar negara iaitu Indonesia dan Jepun.
  
Kumpulan peserta ini akan membuat persembahan berdasarkan lokasi yang telah ditetapkan setiap minggu di samping menguji kreativiti mereka dalam menyediakan sketsa penceritaan yang sesuai.
  
Kesemua bintang diadili oleh juri profesional tetap yang terdiri daripada tiga figura seni negara yang dibarisi penyanyi Datuk Awie, pelakon Siti Saleha dan pengacara dari Singapura, Najib Ali.
  
Mengikut penilaian, format pemarkahan menetapkan bahawa 50% daripada keputusan terletak di tangan juri profesional, manakala 50% daripadanya adalah berdasarkan undian yang diberikan oleh penonton secara dalam talian.
  
Dihoskan oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Elly Mazlein, pertandingan yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) setiap hari Jumaat, pukul 9 malam mulai 22 Julai 2022.
  
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 juga boleh diakses untuk tontonan online melalui aplikasi Astro Go dan perkhidmatan 'on demand' melalui Astro Box.
     
Di bawah adalah senarai markah bagi setiap kumpulan hasil pemarkahan yang diberikan:-
  

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

  

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2022 (Musim 3)

  

Minggu 1

1. Ubi (Fad Bocey, Sharif Zero, Namie) - 52.08%
2. Cili (Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir) - 43.78%
3. Abioso (Sarip, Amin, Puspa Gomen) - 38.61%
4. Arteh (Has, Dewa, Qody Rany) - 38.32%
5. Ngam (Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin) - 30.93%
6. Ood (Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid) - 30.62%
7. Bahroy (Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 30.31%
8. Wisel (Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norazman) - 22.98%
9. Benjo (Noxx Hazwan, Filzah Azmi, Kinjo) - 22.55%
10. Joki (Gomok Gahai, Guad Nasirr, Beby Acha) - 21.20%
11. Sobat (Che Mat, Najua P. Ramlee, Dd Chronicle) - 19.60%
12. Selit (Ajo, Azmir Aziz, Shidi Data) - 19.02%
  
Tersingkir - Tiada penyingkiran
Superstar Gempak Of The Week - Ubi
  

Minggu 2

1. Ood - 58.90%
2. Ubi - 44.55%
3. Abioso - 38.79%
4. Bahroy - 35.77%
5. Cili - 35.60%
6. Ngam - 32.64%
7. Arteh - 30.22%
8. Wisel - 28.40%
9. Selit - 25.97%
10. Joki - 25.76%
11. Benjo - 25.28%
12. Sobat - 24.79%
  
Tersingkir - Benjo dan Sobat
Superstar Gempak Of The Week - Ood
  

Minggu 3

1. Ubi - 58.89%
2. Cili - 53.55%
3. Ood - 48.62%
4. Selit - 37.06%
5. Arteh - 34.64%
6. Bahroy - 32.97%
7. Wisel - 31.82%
8. Joki - 30.83%
9. Ngam - 29.42%
10. Abioso - 25.54%
  
Tersingkir - Abioso
Superstar Gempak Of The Week - Ubi
  

Minggu 4

1. Ubi - 60.70%
2. Ood - 51.36%
3. Cili - 36.04%
4. Arteh - 34.85%
5. Bahroy - 33.63%
6. Selit - 31.00%
7. Ngam - 30.85%
8. Wisel - 25.89%
9. Joki - 25.68%
  
Tersingkir - Joki
Superstar Gempak Of The Week - Ubi
  

Minggu 5

1. Cili - 64.50%
2. Ubi - 52.00%
3. Wisel - 42.14%
4. Bahroy - 40.86%
5. Ood - 37.70%
6. Arteh - 33.35%
7. Ngam - 30.18%
8. Selit - 25.93%
  
Tersingkir - Selit
Superstar Gempak Of The Week - Cili
  

Minggu 6

1. Ubi - 56.62%
2. Cili - 54.20%
3. Ood - 50.07%
4. Arteh - 35.82%
5. Bahroy - 29.48%
6. Wisel - 28.09%
7. Ngam - 25.70%
  
Tersingkir - Tiada penyingkiran
Superstar Gempak Of The Week - Ubi
  

Minggu 7

1. Cili - 71.37%
2. Ubi - 50.35%
3. Bahroy - 46.25%
4. Ood - 45.58%
5. Ngam - 35.65%
6. Arteh - 29.37%
7. Wisel - 28.09%
  
Tersingkir - Wisel
Superstar Gempak Of The Week - Cili
  

Minggu 8 (Suku Akhir)

1. Cili - 71.04%
2. Ubi - 62.13%
3. Ood - 54.89%
4. Bahroy - 53.92%
5. Arteh - 39.37%
6. Ngam - 36.15%
  
Tersingkir - Ngam
Superstar Gempak Of The Week - Cili
  

Minggu 9 (Separuh Akhir)

1.  Ubi - 77.95%
2. Cili - 70.52%
3. Bahroy - 51.84%
4. Ood - 49.97%
5. Arteh - 39.72%
  
Tersingkir - Arteh
Superstar Gempak Of The Week - Ubi
  

Minggu 10 (Akhir)

Tema: Benua & Bebas
   
Juara - Ubi
Tempat kedua / naib juara - Cili
Tempat ketiga - Bahroy
Tempat keempat - Ood
  
Superstar Paling Gempak - Shiha Zikir
  
  
Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh program, baca artikel berikut: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna
    
  


Hakcipta iluminasi.com (2017)