Oleh pada 20 Aug 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Minggu kelima Muzikal Lawak Superstar (MLS) 2022 menyaksikan persaingan sengit antara lapan kumpulan peserta dalam usaha mendapatkan tempat ke pusingan seterusnya.

Pertandingan lawak yang diadakan mingguan, malam tadi menampilkan penyertaan kumpulan Ubi, Cili, Arteh, Ngam, Ood, Bahroy, Wisel dan Selit.

Tiga bintang popular bertindak sebagai juri profesional tetap yang diberi tanggungjawab mengendalikan tugas memberi markah kepada peserta.

Mereka terdiri daripada penyanyi Datuk Awie, pelakon Siti Saleha dan pengacara dari Singapura, Najip Ali.

Format pemarkahan dibahagikan kepada 50% penilaian juri profesional, manakala 50% lagi menggunakan keputusan undian oleh penonton yang mengundi dalam talian.

Berikut adalah markah yang diberikan kepada kumpulan yang terlibat berdasarkan persembahan yang ditampilkan dalam saingan kali ini.

muzikal lawak superstar 2022 178

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Kedudukan Dan Keputusan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) Musim 3 (2022) Minggu Ke 5

1. Cili (Achey, Ali Puteh, Shiha Zikir) - 64.50%

2. Ubi (Fad Bocey, Sharif Zero, Namie) - 52.00%

3. Wisel (Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norazman) - 42.14%

4. Bahroy (Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic) - 40.86%

5. Ood (Chiwan, Man Raja Lawak, Zahid) - 37.70%

6. Arteh (Has, Dewa, Qody Rany) - 33.35%

7. Ngam (Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin) - 30.18%

8. Selit (Ajo, Azmir Aziz, Shidi Data) - 25.93%

Baca: Keputusan Mingguan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Biodata Namie Smy (Kumpulan Ubi), Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022, Personaliti Tiktok

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna

Ia juga menunjukkan bahawa kumpulan Selit terdiri daripada Ajo, Azmir Aziz dan Shidi Data, terpaksa menamatkan penyertaan mereka kerana mereka menduduki tempat yang paling rendah atas faktor markah yang tidak mencukupi untuk mengekalkan kedudukan.

Dalam pada itu, kumpulan Cili telah dipilih sebagai penerima anugerah Superstar Gempak Of The Week.

Rancangan yang dihoskan oleh pengacara Sharnaaz Ahmad dan Elly Mazlein ini disiarkan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk Astro Warna (saluran 107) setiap hari Jumaat, pukul 9 malam sejak 22 Julai 2022.

Tonton MLS3 secara online melalui aplikasi Astro Go dan perkhidmatan 'on demand' melalui Astro Box untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh program, baca artikel berikut: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna

Kredit video: [LIVE] Muzikal Lawak Superstar 3 Live + Minggu 5




Hakcipta iluminasi.com (2017)