hh

Kredit foto: Instagram Acap S

       

Siapa Acap S? Nama sebenar Mohamad Asraf Jaafar, namun lebih dikenali sebagai Acap S di kalangan peminat. Bermula sebagai personaliti media sosial dan pencipta kandungan kreatif, anak kelahiran Gerik, Perak ini kini melangkah lebih jauh apabila namanya tersenarai dalam barisan peserta program komedi popular, Muzikal Lawak Superstar (MLS) 4.

Di pentas ini, Acap S bergandingan dengan Danial Zaini dan Shashic, membentuk kumpulan Sarkas.

       

Biodata

Nama penuh: Mohamad Asraf bin Jaafar

Nama komersial: Acap S, Asraf Jaafar

Umur: 29 tahun (2024)

Tarikh lahir: 1 Ogos 1995

Tempat lahir / Asal: Gerik, Perak

Keluarga: Anak bongsu daripada 10 orang adik beradik

Pekerjaan: Personaliti TikTok, Pelakon

Instagram (IG): @asrafjaafar

Tiktok: @acaps19

       

Latar Belakang

1. Pada awal usia mudanya, Acap meninggalkan pengajian Diploma atas desakan situasi — arwah bapanya jatuh sakit dan Acap, yang tidak begitu berminat dengan dunia akademik, mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Keputusan ini menimbulkan kebimbangan di kalangan kakak-kakaknya, yang sering mempersoalkan tentang masa depannya.

2. Kehidupannya pada waktu itu dipenuhi dengan kesedihan dan keraguan, terutamanya apabila sering menjadi bahan jenaka dan kritikan masyarakat ketika pulang ke kampung. Namun, pada usia 19 tahun, dia tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan. Dia gigih bekerja, mengambil apa sahaja peluang yang ada — termasuk bekerja sebagai pekerja kafe, peniaga di bazar Ramadan dan DJ majlis perkahwinan. Meskipun gajinya tidak seberapa, dia tidak pernah mengalah.

3. Kehidupannya berubah secara drastik pada tahun 2017 apabila dia mula menjadi penghibur di platform Bigo. Walaupun Bigo sering dikaitkan dengan pandangan negatif, Acap berjaya membuktikan bahawa aplikasi itu boleh menjadi ruang buat penceramah agama, pelawak termasuk penghibur berbakat sepertinya.

Di sini, dia membina asas kewangannya dan mula menyimpan wang dengan bijak, bahagikan gaji untuk keperluan dan simpanan.

4. Pada tahun 2017, Acap menjejakkan kaki ke Perth, Australia — percutian yang membawa kegembiraan kerana ia merupakan kali pertama dia menaiki kapal terbang. Video momen itu kemudian menjadi tular selepas dikongsi semula oleh seorang pengguna Twitter pada tahun 2019.

5. Selepas menjadi seorang bintang di TikTok dengan 1.3 juta pengikut, dia tidak melupakan keluarganya. Dia kini memikul tanggungjawab menjaga ibunya, Jamilah Ahmad di Gerik, Perak rentetan pemergian bapanya.

6. Pada tahun 2024, Acap dinobatkan sebagai pemenang kategori TikTok Live Creator Of The Year di TikTok Awards Malaysia. Kemenangannya menewaskan pencalonan lain iaitu Boss Wan, Jelly Belly, Syaffiq Sahli, PuteryD dan ShazreenShaharum.

7. Selain itu, Acap turut dicalonkan dalam kategori Best National Comedy Influencer di KNKV Viral Award 2024. Namun, dia dan rakan-rakan calonnya iaitu Ikhmal Nour, Imran Bard dan We Xiang Tan terpaksa akur dengan kekalahan di tangan Ryan Bakery.

8. Tidak terlepas daripada kontroversi, pada tahun 2019, dia pernah terpalit isu apabila didakwa menyamar dan mempersendakan nama baik Pasukan Khas Laut TLDM (PASKAL). Dalam satu video gurauan di Bigo, Acap memperkenalkan dirinya sebagai anggota PASKAL ketika berinteraksi dengan seorang individu. Gurauan itu telah disalah tafsir oleh sesetengah netizen sekaligus menarik perhatian pihak TLDM, yang menegaskan bahawa perkara sedemikian tidak seharusnya berlaku.

9. Dia berkahwin pada tahun 2021 dengan Nur Adriana Syazwani binti Asrul Affendi (Nana) dari Sungai Petani, Kedah. Perkongsian hidup dengan isterinya ini diserikan dengan kelahiran seorang anak.

      

Fakta Menarik

1. Berketinggian 174 sentimeter (cm).

2. Wajahnya pernah menghiasi beberapa drama dan filem tempatan seperti Muliakah Aku, Keluarga Kamil, Siti Supir dan Jiwa 18.

3. Bercita-cita mahu menjadi pelawak, lantas terpaksa menggunakan media sosial untuk memperkenalkan bakatnya kerana masih belum diberi peluang dalam industri komedi di kaca TV.

4. Sebagai penulis lirik bersama Haqiem Rusli dalam lagu 'Sangkar Derita', dia turut membuat penampilan dalam video muzik lagu terbaharu Haqiem itu.

5. Kepercayaan Acap kepada kuasa bersedekah terhadap manusia dan haiwan membuatkan rezekinya sentiasa mencurah-curah. Walaupun dalam keadaan kewangan yang sukar, dia tetap memberi makan kepada kucing dan membantu sesiapa sahaja yang memerlukan.

5. Kini Acap mengukir nama sebagai antara ikon media sosial dengan lebih 1.3 juta pengikut di TikTok dan 100,000 pengikut di Instagram.

       

Baca: Biodata 30 Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4) Astro Warna

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2024 (Musim 4) Astro Warna

        

Foto

acap s paskal

acap s umur

acap s viral

asraf jaafar

muzikal lawak superstar 2024 peserta 35228

acap s penulis lirik

acap s

acap s live wife net worth pendidikan

Sebelum ini, Acap pernah menimba pengalaman berlakon dalam beberapa buah drama dan filem.

muzikal lawak superstar 3 49822

acap s wikipedia

acap s berlakon

acap s tiktok

muzikal lawak superstar 2024 27461

muzikal lawak superstar 4 51711

acap s isteri

muzikal lawak superstar 44514

Kredit foto: Instagram Acap S

        

Video

Kredit video: Lawak | Acap dan gadis korea, Nana masuk bagi warning 😆 - Viral

       

Sumber:

1. Ditewaskan Ryan Bakery, Acap S menangis terkenangkan ibu

2. “Orang kata saya tak ada masa depan” - Budak Gerik rasa macam nak menangis jejak Australia!

3. Nak ‘besar, tebal’! Isteri angin suami bawa balik plastik boleh isi sampah sebulan sampai berulat, pernah beli bawang macam nak kenduri

4. Sengaja persenda nama baik PASKAL

5. Instagram Acap S

6. TikTok Acap S

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)