Oleh pada 09 Apr 2018 kategori

momen anugerah meletop era 2018 neelofa nyaris tergelincir diselamatkan zul ariffin 1

Kredit foto: Sinar Harian

Aktres dan hos, Neelofa nyaris terjatuh ketika berada di atas pentas Anugerah MeleTop Era 2018 (AME2018) malam tadi.

Insiden itu berjaya diselamatkan aktor sasa Zul Ariffin yang menjadi tempat Neelofa berpaut sewaktu momen penuh cemas itu.

Awalnya, Zul membuat kemunculan di pentas bersama Neelofa untuk mempromosikan drama lakonan mereka, sebelum bintang Tombiruo itu menyampaikan anugerah kategori Program MeleTop dan Hos MeleTop bersama penyanyi Ziana Zain

Namun ketika Neelofa ingin beralih badan, dia tergelincir sebelum sempat memautkan tangannya pada Zul.

Lanjutan itu, penonton memberikan sorakan kuat, termasuk pengacara Nabil Ahmad yang turut berada bersama. 

momen anugerah meletop era 2018 neelofa nyaris tergelincir diselamatkan zul ariffin 2

Kredit foto: Instagram MeleTOP

Acara hiburan tahunan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu mengiktiraf Neelofa dan penyanyi Khai Bahar sebagai pemenang utama kategori Artis Top Top MeleTOP sekaligus membawa pulang ganjaran wang tunai RM10,000 berserta trofi sumbangan Astro.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)