Oleh pada 02 Jun 2017 kategori

kenyataan fattah amin selepas disindir neelofa tak hadir ke meletop 1

Kredit foto: eh.com.my 

Sebelum ini kecoh apabila aktor drama bersiri Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin tidak menghadirkan diri ke rancangan hiburan Meletop.

Fattah didakwa membatalkan kehadirannya pada saat-saat akhir. Bagaimanapun dakwaan itu bercanggah dengan kenyataan beliau yang memaklumkan dirinya tidak menerima sebarang arahan untuk hadir dalam rancangan hiburan tersebut.

Susulan itu, alasan Fattah menerima sindiran pedas daripada pengacara Meletop, Neelofa. Berikut kenyataan panas yang diluahkan Neelofa menerusi Instagram Stories.

Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producer keluarkan bukti tentang appearance malam ni.

Gara-gara respon Neelofa, peminat Lofattah bertelagah sesama sendiri. Masing-masing cuba mempertahankan selebriti kesayangan mereka, sama ada Fattah ataupun Neelofa.

Ketegangan tersebut akhirnya memanggil Fattah untuk menyuarakan sesuatu. Berikut kenyataan terbaru Fattah yang dipetik daripada akaun Instagramnya.

kenyataan fattah amin selepas disindir neelofa tak hadir ke meletop 2

Kredit foto: Instagram Fattah Amin 

Kejap saja dah 5 hari kita berpuasa. Saya harap Ramadhan kali ini membawa lebih berkat dariNya.

Memandangkan kita di bulan Ramadhan ni, saya harap kita akan lebih hati-hati dengan kata-kata dan tingkahlaku kita. Sebenarnya, setiap masa pun kena #buatyangbaikbaik, tapi bulan puasa ni, kenalah alert lagi dengan apa yang kita cakap dan buat.

Untuk peminat saya, saya harap kita tak perlulah bertikam lidah lagi dah mengenai apa yang lepas. Kita sokong saja siapa kita nak dan terus bagi sokongan untuk artis kesayangan kita. Tak perlu dah nak bandingkan ke, nak laga-laga kan ke, semua tu tak memberi apa-apa manfaat pun.

Setiap situasi tak perlu ada reaksi dari kita. Biar orang buat kita, tapi jangan sesekali kita buat orang. Kita buat yang baik, Insya Allah orang akan buat yang baik balik kat kita satu hari nanti.

#sincerelyFattah #QalifModen #inspireFattah #doayangbaikbaik #fikiryangbaikbaik #cakapyangbaikbaik #Ramadhan2017 #Ramadhan1438 #Fattah1438 

Mungkin apa yang berlaku hanyalah salah faham. Diharapkan peminat Lofattah dapat bertenang dan tidak memanaskan lagi keadaan.

kenyataan fattah amin selepas disindir neelofa tak hadir ke meletop 3

Kredit foto: ohwhuuutviral.blogspot.my 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)