Oleh pada 15 Apr 2018 kategori

cinta zahirah macwilson zul ariffin berakhir 1

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin & Instagram Zahirah Macwilson

"Tiada apa lagi yang hendak diragui mengenai status saya. Begitu juga tidak perlu lagi hendak ditanya sama ada hati ini sudah dimiliki atau sebaliknya."

Demikian kata Zahirah Macwilson seakan memberi bayangan hubungan cinta dengan Zul Ariffin yang sebelum ini statusnya menjadi tanda tanya, sudah menemui penghujung.

Bahkan, Zahirah atau nama lengkapnya, Nur Zahirah MacWilson Zainol, 23, menegaskan tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan antara mereka.

Memilih untuk tidak mengungkit sekaligus membuang kisah mereka jauh dari fikiran, pelakon Duda Pujaan Dara ini juga akui sudah tidak perlu menjaga hati mana-mana pihak susulan apa yang berlaku.

cinta zahirah macwilson zul ariffin berakhir 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

"Dalam bahasa lebih mudah, boleh dikatakan, kini saya tidak perlu menjaga hati sesiapa. Semua hal yang remeh saya tolak ke tepi. Ia tak penting lagi.

"Masing-masing ada kerja dan tanggungjawab. Jika saya hendak bercakap lebih-lebih pun, rasanya tidak manis kerana perkara itu turut membabitkan insan lain. Jadi, lebih baik saya diam dan tak perlu nak ungkit lagi hal ini," katanya kepada BH Online.

Mengimbas kontroversi hujung tahun lalu, Zahirah pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam perhubungan cinta pasangan pelakon, Kamal Adli dan Emma Maembong.

Tidak hanya itu, bapa Zahirah iaitu aktor Zainol Macwilson juga nampaknya tidak merestui percintaan anaknya dengan bintang Tombiruo dan J Revolusi itu.

Beralih sisi kerjayanya pula, Zahirah berkata, 2018 menjadi tahun untuk dia memberi komitmen penuh sebagai anak seni.

"Buat sementara waktu ini, saya mahu katakan tidak kepada cinta. Kalau boleh juga, saya tak mahu lagi dihimpit gosip atau kontroversi.

"Namun, pada masa sama saya cukup memahami, perkara seperti itu bukannya boleh dikawal atau dielakkan. Dalam industri ini, kita kena berdepan dengan perkara sedemikian. Cuma pada akhirnya, ia tetap berbalik kepada cara kita menanganinya.

"Setakat ini, rasanya apa yang saya lalui tidaklah seteruk mana. Sudah resam menjadi artis, saya kena telan cerita panas sedemikian. Ia mungkin nampak teruk di mata orang luar mahupun netizen. Tapi, saya tetap mempunyai pilihan sendiri, untuk terus menjadi kuat dan memajukan diri," katanya.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)