Oleh pada 13 Dec 2017 kategori

fattah dah datang meletop lari sebab takut neelofa 1

Aktor Fattah Amin kembali menjadi bualan hangat apabila dia dikatakan membatalkan kemunculan di program Meletop pada saat-saat akhir kerana enggan berdepan bekas kekasihnya, Neelofa.

Pihak produksi Meletop, yang pada awal mengumumkan kehadiran Fattah dalam rancangan itu, akhirnya membuat permohonan maaf sewaktu program berkenaan bersiaran secara langsung.

“Kami ingin memohon maaf. Fattah Amin tidak dapat hadir malam ini disebabkan urusan di luar jangkaan yang tak dapat dielakkan. Tapi jangan risau, nanti kami jemput Fattah dan isteri datang sini lagi,” kata kenyataan yang dikeluarkan dalam Instagram rasmi rancangan hiburan itu.

Pengurus Neelofa menerusi Instagram Story berkata, seseorang itu bersifat tidak profesional apabila sudah datang, namun mengambil keputusan untuk pulang.

Kenyataan berbaur sinis itu meskipun tidak dinyatakan kepada siapa, namun dipercayai ada kaitan dengan insiden Fattah lari dari set Meletop.

fattah dah datang meletop lari sebab takut neelofa 2

Dalam pada itu, pelakon drama My Coffee Prince itu teruk dihentam netizen di laman sosial kerana dianggap tidak profesional dan takut bertemu Neelofa.

“Fattah sangat tidak profesional. Dia seorang yang penakut. Patutlah tak ada jodoh dengan Lofa. Tak tahanlah tu nak hadap muka Lofa.

“Memang dia tak move on dan tak profesional langsung. Buat tambah fitnah pada Lofa saja. Sekarang semua boleh lihat, siapa yang tak profesional.

“Sebenarnya Fattah yang takut nak jumpa Neelofa,” kecam beberapa netizen di laman Instagram program berkenaan.

Meletop dikemudi hos Neelofa dan Nabil Ahmad, bersiaran secara langsung setiap Selasa, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

fattah dah datang meletop lari sebab takut neelofa 3

Fattah dikatakan menarik diri walaupun sudah bersiap sedia di belakang pentas untuk kemunculannya malam tadi.

Bukti kehadirannya turut dirakamkan seorang penonton yang hadir di studio.

Sementara itu, Raqim Ahmad, yang merupakan Ketua Saluran Melayu Astro, turut mengaku Fattah ada di belakang pentas, namun menjelaskan aktor itu terpaksa pulang kerana mempunyai hal kecemasan.

Sebelum ini, Fattah pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak muncul di program itu pada Mei lalu walaupun sudah berjanji.

Bagaimanapun, dia mengatakan tidak mendapat arahan daripada pihak pengurusan untuk menjayakan undangan tersebut.

Manakala pada bulan Jun pula, Neelofa digelar tidak profesional kerana bercuti daripada menjadi hos ketika Fattah dan Fazura hadir sebagai tetamu rancangan berkenaan.

Kredit foto: Instagram @aqoimran
Sumber berita: Mstar 

tags : , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)