Oleh pada 19 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Kerana sekeping foto mesra bersama aktor Zul Ariffin, aktres Neelofa teruk dikecam netizen.

Mana tidaknya, foto yang dimuatnaik oleh sutradara Michael Ang di laman Instagramnya itu memperlihatkan pengacara MeleTOP ini sedang melentokkan kepalanya ke dada Zul.

Namun para peminat janganlah bimbang kerana ia hanyalah aksi Neelofa dan Zul ketika berada di Italy bagi menjayakan penggambaran drama terbaru mereka, Ti Amo Sweetheart 100 Hari, arahan Michael.

Menerusi reaksi netizen, rata-ratanya merasakan imej dan penampilan bertudung Neelofa tidak begitu sesuai menggayakan aksi sebegitu.

Dalam pada itu, ada juga segelintir pihak yang menyebelahi beliau kerana memahami tugasan Neelofa yang hanya sekadar ingin menghidupkan watak.

Sementara itu, hashtag #ZuLofa kini menjadi tular di media sosial hingga membuatkan para peminat tidak sabar menanti kunjungan drama berkenaan di kaca televisyen.

Ekoran penularan foto mesra Neelofa dan Zul, Michael tampil sekali lagi memuat naik foto dengan pose sama, tetapi kali melibatkan dirinya dan Zul.

aksi neelofa lentok kepala di dada zul ariffin jadi perhatian 2

Kredit foto: Instagram Michael Ang

Begitupun, sensasi yang timbul ini sekaligus memberikan publisti kepada drama yang bakal mengambil slot tayangan di saluran Astro Ria tidak lama lagi.

Ia merupakan karya adaptasi daripada novel popular tulisan Suri Ryna.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)