Oleh pada 15 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Meletop

Insiden aktres Neelofa nyaris terjatuh di atas pentas Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang berlangsung Ahad lalu, heboh diperkatakan.

Lanjutan itu, pelakon Suri Hati Mr Pilot dan Red Velvet itu ditanya oleh sutradara Michael Ang yang diundang sebagai tetamu program MeleTOP pada Selasa lalu.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, mengambil kesempatan untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku, di mana babak itu sebenarnya sengaja dirancang olehnya bersama rakan hos, Nabil Ahmad.

neelofa nyaris terjatuh di anugerah meletop era 2018 sengaja dirancang 2

Kredit foto: Instagram Meletop

"Saya beritahu Nabil, dia akan naik apabila Zul yang ketika itu berada di belakang saya, memalingkan saya memandangnya.

"Kemudian, lagi satu que adalah apabila saya buat-buat terjatuh tapi Zul sebenarnya tak tahu," katanya menurut portal Sinar Harian.

Sampuk Nabil, dia sengaja naik ke pentas sebelum Zul berbuat apa-apa untuk mengelakkan adegan yang tidak diingini berlaku.

Malah apa sahaja dialog yang bakal dilontarkan sudah dipersetujui lebih awal dengan Neelofa.

Di kesempatan itu, Michael memuji Neelofa sebagai seorang selebriti yang sangat profesional kerana tenang menerima kritikan yang dilontarkan netizen.

"Kalau program secara langsung kena macam itu lah (bersahaja). Ini tidak baru kutuk-kutuk sedikit dah melenting," katanya yang diikuti sorakan penonton.

Terdahulu, Zul membuat kemunculan di pentas AME2018 bersama Neelofa untuk mempromosikan drama lakonan mereka, sebelum bintang Tombiruo itu menyampaikan anugerah kategori Program MeleTop dan Hos MeleTop bersama penyanyi Ziana Zain

Namun ketika Neelofa ingin beralih badan, dia tergelincir tetapi sempat memautkan tangannya pada Zul.




Hakcipta iluminasi.com (2017)