Oleh pada 05 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Kerana berkongsi swafoto bersama Neelofa, penyanyi Haqiem Rusli diserang komen 'patah hati' oleh para peminatnya.

Foto yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi itu disertakan dengan kapsyen berbunyi:

"Lofa, saya berusia 20, tahun ini" - bersama tanda pagar #MeleTOP.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen secara bergurau mengusik penyanyi remaja itu dengan mengatakan mereka 'patah hati' melihat beliau berada di sisi Neelofa.

haqiem rusli diserang selepas kongsi swafoto dengan neelofa 2

Kredit foto: Astro Gempak

Selain itu ada juga yang berpendapat Haqiem kelihatan secocok dengan pengacara MeleTOP itu.

Malah, ada peminat yang bermurah hati mendoakan penyanyi Jatuh Bangun ini supaya dimurahkan rezeki untuk meraih kejayaan seperti Neelofa.

Episod MeleTOP Selasa lalu antara lain menampilkan Khai Bahar, Wany Hasrita dan Datuk AC Mizal sebagai tetamu undangan.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)