Kredit foto: Facebook Era FM

Semalam telah berlangsungnya majlis anugerah gilang-gemilang, Anugerah MeleTop Era 2017. Segala teka-teki tentang siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan telahpun terjawab. 

Acara tersebut menobatkan dua pelakon sensasi, Fattah Amin dan Neelofa masing-masing membawa pulang dua anugerah utama iaitu kategori Artis Top Top MeleTop lelaki dan perempuan.

Menerusi kemenangan tersebut, mereka menerima ganjaran trofi dan wang tunai sebanyak RM10,000.

19 kategori dipertandingkan secara keseluruhan yang menyaksikan Fattah Amin mengungguli kemenangan utama bersama tiga lagi kategori kecil iaitu Bintang Online MeleTop, Pelakon Popular MeleTop dan Fesyen MeleTop.

Tak dilupakan drama Suri Hari Mr. Pilot yang menggandingkan beliau bersama Neelofa dinobatkan sebagai Drama MeleTop.

Menerusi setiap kategori kecil, setiap pemenang diberi ganjaran wang tunai sebanyak RM5, 000 dan trofi sumbangan Astro. 

Kepada mereka yang terlepas siaran anugerah tersebut, berikut kami kongsikan senarai penuh pemenang kategori-kategori Anugerah MeleTop Era 2017. 

Artis Top Top MeleTop Lelaki : Fattah Amin

Artis Top Top MeleTop Wanita : Neelofa

1) Artis Baharu MeleTop : Khai Bahar

2) Bintang Online MeleTop : Fattah Amin

3) Couple MeleTop: Akim & Stacy

4) Si Cilik MeleTop: Yusuf Iskandar

5) Program Radio MeleTop : JOHARA Pagi Era

6) Penyampai Radio MeleTop: Johan

7) Program MeleTop: Taste Selebriti – Episod Neelofa

8) Hos MeleTop: Neelofa – Taste Selebriti

9) Drama MeleTop: Suri Hati Mr. Pilot

10) Pelakon Popular MeleTop: Fattah Amin

11) Artis Lawak MeleTop: Johan

12) Grup/Duo MeleTop: Dato’ Siti Nur Haliza & Faizal Tahir

13) Penyanyi MeleTop: Siti Nordiana

14) Lagu MeleTop: Pencuri Hati-Ayda Jebat

15) Filem MeleTop: Munafik - Skop Production Sdn Bhd

16) Bintang Filem MeleTop: Fasha Sandha – Anak Mami Nasi kandaq

17) Fesyen MeleTop: Fattah Amin 




Hakcipta iluminasi.com (2017)