Oleh pada 13 Jun 2018 kategori

neelofa tinggalkan meletop ini kenyataannya 1

Kredit foto: Instagram Neelofa

Neelofa, akui berasa pelik apabila timbul dakwaan dirinya bakal meninggalkan rancangan Meletop, walhal beliau tidak pernah sekalipun menyuarakan hasrat itu kepada pihak produksi.

Malah, katanya, tiada wakil daripada produksi memaklumkan keputusan kononnya peranan beliau sebagai hos Meletop akan ditamatkan.

“Setakat ini belum keluar lagi daripada mulut saya mengenai hasrat untuk berhenti mengacara program Meletop. Malah, pihak Astro juga tidak ada berbincang dengan saya mengenai isu mahu menamatkan kontrak saya,” katanya kepada Utusan Online.

Aktres, hos dan usahawan jelita berumur 29 tahun itu digandingkan dengan pelawak, Nabil Ahmad, sebagai pengemudi program infotainment berkenaan sejak enam tahun lalu.

Bagaimanapun Neelofa tidak menolak kemungkinan salah faham itu timbul apabila Nabil berkongsi foto kontrak Meletop di Instagram baru-baru ini.

neelofa tinggalkan meletop ini kenyataannya 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

“Semua orang kena faham, pelaksanaan kontrak bersama Meletop bersifat tahunan. Kami akan memperbaharui kontrak setiap akhir tahun.

“Tak ada khabar angin daripada Astro untuk menamatkan kontrak saya, jadi janganlah risau saya masih bersama program itu,” yakininya.

Kata Neelofa lagi, dia yang enggan memanjangkan isu itu berharap semua pihak sedia maklum dengan kenyataan rasmi yang dikeluarkannya.

Sementara itu, akui bintang Ti Amo Sweetheart 100 Hari itu, tumpuannya kini terarah kepada drama rantaian berkenaan yang bakal ditayangkan pada Aidilfitri ini.

“Cerita tu penuh intimasi, bohong kalau saya katakan tidak berdebar menerima reaksi penonton nanti. Tetapi rasanya mahu atau tidak, saya kena sediakan diri untuk itu,” katanya yang digandingkan dengan Zul Ariffin dalam naskhah arahan Michael Ang itu.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)