Oleh pada 13 Mar 2018 kategori

sebenarnya perkara ini dah lama berlaku pendedahan zul ariffin

Kredit foto: Instagram Zul Ariffin

Aktor Zul Ariffin sedar namanya sering dikaitkan dengan heroin yang digandingkan dalam drama.

Menurut Zul, situasi itu terjadi apabila drama beliau mendapat sambutan ramai sebelum para peminat mula mewujudkan tanda pagar yang menggabungkan namanya bersama heroin yang dipasangkan.

Paling terkini, netizen mencipta tanda pagar #Zulofa mewakili beliau dan Neelofa selaku teraju utama drama yang baharu sahaja selesai penggambarannya iaitu Ti Amo Sweetheart 100 Hari.

“Sebenarnya perkara ini dah lama berlaku pada saya, semenjak drama Rindu Awak 200% lagi dan kemudiannya diikuti dengan drama-drama saya yang lain selepas itu.

“Peminat akan wujudkan hashtag gabung nama hero-heroin bila drama tersebut dapat sambutan dan menarik perhatian mereka di mana ia adalah di luar kawalan kami para pelakon.

“Apa yang saya boleh kawal adalah kerja saya. Buat kerja saya dengan profesional, tiada gosip, tiada kontroversi dan tiada apa-apa yang boleh mengganggu perjalanan penggambaran tersebut,” kata Zul kepada portal Sinar Harian.

Tidak mahu keserasian di set penggambaran terganggu, Zul berkata, dia akan mengadakan perbincangan dengan pelakon gandingan perihal sensitiviti yang perlu dijaga untuk menghidari masalah daripada berlaku.

Ia susulan kesedarannya akan prinsip yang dipegang oleh para pelakon.

“Selalunya setiap pelakon terutamanya wanita, ada polisi atau prinsip-prinsip tertentu yang mereka pegang.

“Jadi sebelum memulakan penggambaran, saya akan berbincang mengenainya agar semua orang selesa dan dapat fokus kerja dengan baik.

“Saya hormat privasi orang lain dan takkan promosikan benda-benda yang boleh mencetuskan sesuatu yang akan memberikan impak negatif kepada diri sendiri mahupun orang lain,” katanya.

Dalam perkembangan lain, komitmen Zul di lokasi penggambaran akan berterusan sehingga ke hujung tahun ini.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)