Oleh pada 26 Jun 2017 kategori

punca sebenar neelofa tak hadir meletop sewaktu fattah dan fazura jadi tetamu 1

Kredit foto: malaysiakubaru.com 

Di ketika ini, timbul kekecohan di kalangan peminat rancangan hiburan Meletop yang mempersoalkan ketiadaan Neelofa sebagai pengacara dalam episod baru-baru ini.

Ada yang mengaitkan punca Neelofa melarikan diri adalah kerana kehadiran dua tetamu jemputan dalam episod berkenaan iaitu Fattah Amin dan Fazura.

Ini berikutan perang dingin yang tercetus antara Fattah dan Neelofa ketika Fattah didakwa enggan hadir ke Meletop beberapa minggu lalu.

Meskipun pasangan pengacara Neelofa dan Nabil telah menyatakan akan hasrat mereka untuk menunaikan ibadah di Kota Mekah dalam episod terdahulu, namun apa yang membuatkan netizen berang apabila hasil siasatan mereka mendapati Lofa masih berada di tanah air ketika Meletop berlangsung baru-baru ini.

Susulan itu, akhbar Mstar Online membuat pendedahan punca di sebalik "kehilangan" Neelofa dengan bertanyakan sendiri kepada pihaknya. 

punca sebenar neelofa tak hadir meletop sewaktu fattah dan fazura jadi tetamu 2

Kredit foto: Mstar

Difahamkan, Neelofa sudahpun membuat perancangan untuk bercuti.

Niat cuti yang asalnya mahu digunakan untuk beribadat di Mekah terpaksa ditangguhkan pada saat-saat akhir kerana masalah mahram.

Penjelasan tersebut didedahkan oleh pihak pengurusan Neelofa sendiri berserta bukti screenshot perbualan Whatsapp mereka. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)