Lima meter di bawah landasan lapangan terbang Sarajevo, terdapat sebuah terowong pendek yang digali semasa peristiwa Pengepungan Sarajevo untuk membawa masuk bekalan ke bandar yang terputus hubungan dengan dunia luar ini. Selama empat tahun, terowong sepanjang 800 meter ini merupakan satu-satunya jalan perhubungan kawasan ini dengan dunia luar.

Pada musim bunga tahun 1992, tentera Serbia telah bertindak mengepung bandar Sarajevo yang merupakan ibu negara Bosnia dan Herzegovina dan mula melepaskan tembakan dan bom. Sepanjang tempoh ini, kira-kira 300 ribu penduduk Saravejo terperangkap dan terputus hubungan dengan dunia luar.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pihak tentera Serbia juga telah menutup semua akses jalan raya ke bandar ini dan menghalang segala bantuan perubatan dan makanan. Mereka juga telah bertindak memotong bekalan air, elektrik dan haba.

Pihak Kesatuan Eropah (UN) telah mengadakan rundingan dengan pihak Serbia dan telah diberikan kuasa untuk mengambil-alih lapangan terbang bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan. Malanganya, ia tidak cukup untuk menampung permintaan penduduk seramai ini.

Lapangan terbang telah dijadikan kawasan neutral milik UN. Laluan ke lapangan terbang ini dikawal rapi oleh penempak tepat yang tidak teragak-agak melepaskan tembakan kepada sesiapa sahaja yang mencurigakan. Dilaporkan kira-kira 200 orang telah terbunuh di jalan raya yang menjadi akses utama ke lapangan terbang ini.

Idea untuk membina terowong bawah tanah

bosnia herzegovina

Seorang jurutera awam Bosnia bernama Nedzad Brankovic telah melukis sebuah pelah pembinaan terowong bawah tanah yang akan menghubungkan Saravejo dengan Dobrinja, sebuah lagi kawasan yang dikuasai oleh tentera Bosnia.

Idea beliau telah diterima dan proses pembinaan terowong tersebut telah dimulakan pada bulan Januari 1993. Proses pembinaannya mengambil masa selama 6 bulan dimana mereka telah bertungkus lumus membinanya selama 24 jam tanpa henti. Setiap pekerja akan bekerja selama 8 jam bagi setiap syif.

Proses mengorek dilakukan daripada kedua-dua tempat menggunakan cangkul, penyodok dan kelengkapan tradisional lain sehinggalah kedua-dua laluan bertemu di tengah-tengah. Pada awalnya, kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh pihak tentera Bosnia sebelum para pelombong dari pelbagai tempat dibawa masuk untuk mempercepatkan proses pembinaannya.

Setiap pekerja ini pula akan dibayar dengan satu kotak rokok sehari. Pada ketika itu, rokok sukar diperolehi, mahal dan dianggap barang bernilai dalam sistem tukaran barter.

Terowong harapan bagi penduduk tempatan

laluan masuk terowong sarajevo

Berdekatan dengan lapangan terbang, terdapat sebuah pintu masuk rahsia dalam sebuah rumah seorang lelaki benama Bajro Kolar. Sementara itu, laluan masuk di bahagian Dobrinja pula tersorok di sebuah garaj yang terletak di sebuah bangunan apartmen.

Setap hari, sekitar 3 hingga 4 ribu orang akan melalui terowong ini bagi menyeludup masuk segala bantuan kepada penduduk Sarajevo. Pada peringkat awal, setiap barang perlu dibawa masuk menggunakan tangan atau dipikul sebelum sebuah landasan dibina bagi memudahkan urusan pemindahan barangan.

Selain itu,  saluran paip minyak, kabel elektrik dan saluran telefon juga telah disambung melalui terowong ini. Sebuah pam khas telah digunakan untuk menyedut keluar air yang terperangkap dalam terowong ini. Kerana ketiadaan pengaliran udara di dalam ini, setiap pengguna diwajibkan untuk memakai topeng khas.

Respon pihak Serbia terhadap terowong ini

terowong sarajevo

Pihak Serbia hanya menyedari akan kewujudan terowong ini pada tajun 1994. Mereka telah bertindak menggandakan letusan bom di kawasan-kawasan yang disyaki menjadi saluran masuk ke terowong ini bagi memusnahkan terowong ini.

Selepas peperangan tamat, terowong ini telah mengalami kerosakan teruk dan sebahagian laluan terowong ini telah roboh dan banjir. Walau bagaimanapun, laluan masuk dan sebahagian pendek laluan ini yang dibina dalam sebua rumah masih terselamat dan dipelihara sehingga kini.

Sebuah muzium telah dibina disini dan tempat ini kini merupakan antara tempat pelancongan popular di Bosnia. Malangnya, walaupun dianggap mempunyai nilai sentimental terhadap sejarah penduduk tempatan, muzium ini hanya diuruskan oleh individu atau syarikat perseorangan dan tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan.

Kredit:

  1. NY Times
  2. Atlas Obscura
  3. The Culture Trip



Hakcipta iluminasi.com (2017)