Di dalam sesebuah negara, pasukan tentera merupakan antara yang terpenting bagi keselamatan sesebuah negara. Setiap negara mempunyai inisiatif tersendiri dalam memperkuat dan memperkukuhkan kententeraan masing-masing.

Jika kita ingin membandingkan ketenteraan negara mana adalah yang terkuat dan terhebat, ia adalah mustahil jika tidak dilakukan dengan berperang. Namun, kita boleh membuat perbandingan mengenai kekuatan sesebuah pasukan itu dengan mengambil kira senjata, teknologi, latihan, kekuatan, jumlah tentera dan juga peruntukan kepada ketenteraan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

tdm

Perbandingan ini adalah perbandingan dari segi kuantiti dan material sahaja, bukan menentukan siapa yang akan menang jika bertembung. Seperti dalam Perang Badar, tentera Islam yang hanya mempunyai jumlah kekuatan 313 askar dan 2 tentera berkuda berjaya mengalahkan tentera Quraisy yang mempunyai kekuatan 900 tentera dan 100 tentera berkuda.

6. United Kingdom

tentera united kingdom

  • Indeks kekuatan : 0.2131 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM195.7 billion
  • Jumlah tentera : 232,675
  • Jumlah tentera aktif : 151,175
  • Tenaga buruh : 33,170,000
  • Jumlah pesawat : 856
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 76

tentera british

Pasukan tentera United Kingdom antara yang terkuat, oleh kerana latihan yang sangat hebat, peralatan yang canggih serta 160 senjata nuklear menjadi kekuatan utama mereka. HMS Queen Elizabeth, sebuah pengangkut pesawat yang terbesar pernah dibina untuk Tentera Laut Diraja yang mampu membawa 40 pesawat, akan digunakan menjelang tahun 2020.

5. Perancis

tentera perancis

  • Indeks kekuatan : 0.1914 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM150 billion
  • Jumlah tentera : 387,635
  • Jumlah tentera aktif : 204,000
  • Tenaga buruh : 30,480,000
  • Jumlah pesawat : 1,305
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 118

Walaupun berada di senarai terkuat, pada tahun 2013, kerajaan Perancis membuat keputusan untuk membekukan perbelanjaan ketenteraan dan mengurangkan 10% daripada anggotanya untuk mengembangkan teknologi peralatan maju.

french

Walaupun peruntukan ketenteraan Perancis adalah dibawah sasaran yang diletakkan oleh NATO iaitu sebanyak 1.9% daripada GDP (keluaran dalaman negara kasar), namun ia mempunyai 9,000 kenderaan perang darat dan juga diperkuat dengan 290 senjata nuklear yang membuatkan mereka berada di tangga ke-5 senarai ini.

4. India

tentera india

  • Indeks kekuatan : 0.1593 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM218 billion
  • Jumlah tentera : 4,207,250
  • Jumlah tentera aktif : 1,362,500
  • Tenaga buruh : 513,700,000
  • Jumlah pesawat : 2,102
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 295

Jika anda memandang rendah kepada negara ini, mungkin kali ini tidak lagi. Dengan penduduk negara ini seramai 1.26 billion penduduk, India benar-benar menggunakan kelebihan ini dengan mempunyai jumlah tentera tertinggi di dunia iaitu mencecah 4,207,250 orang, 10 kali ganda jumlah tentera Malaysia yang menyebabkan mereka berada di antara negara terkuat dari segi ketenteraan.

india 218

Angka ini ditambah lagi dengan 16,000 kenderaan perang darat termasuk 3,500 buah kereta kebal. Peluru berpandu balistik India boleh dilancarkan sehingga ke Pakistan ataupun China. India menjadi negara ke-4 dalam membelanjakan wang ke aras ketenteraan menjelang tahun 2020 dan merupakan pengimport peralatan ketenteraan terbesar di dunia.

3. China

tentera china

  • Indeks kekuatan : 0.0945 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM693 billion
  • Jumlah tentera : 3,712,500
  • Jumlah tentera aktif : 2,260,000
  • Tenaga buruh : 805,900,000
  • Jumlah pesawat : 2,955
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 714

Sama seperti India, dengan penduduk China yang mencecah 1.37 billion orang, pasukan tentera China mempunyai jumlah tentera aktif terbesar di dunia iaitu seramai 2.26 juta, hampir dua kali ganda jumlah tentera aktif India yang berada di kedudukan ke-2 dalam jumlah tentera aktif.

china 234

Pasukan tentera China mempunyai 25,000 kenderaan perang darat serta 300 senjata nuklear termasuk 180 kaedah penggunaan yang berbeza untuk senjata nuklear. Baru-baru ini China dikatakan memperolehi maklumat sensitif berkenaan pesawat F-35 yang baru milik Amerika Syarikat dan terkenal dengan mencuri teknologi keteneraan yang sensitif.

2. Rusia

tentera rusia

  • Indeks kekuatan : 0.0929 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM191 billion
  • Jumlah tentera : 3,371,027
  • Jumlah tentera aktif : 798,527
  • Tenaga buruh : 77,410,000
  • Jumlah pesawat : 3,794
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 352

Peruntukan bagi ketenteraan Rusia dijangkakan akan bertambah sebanyak 44% dalam masa 3 tahun. Sejak Vladimir Putin mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2000, perbelanjaan ketenteraan telah meningkat sebanyak 33.3%.

rusia

Kelebihan bagi tentera Rusia adalah mereka mempunyai lebih jumlah kereta kebal terbanyak di dunia dengan 15,500 buah. Rusia juga merupakan negara yang mempunyai senjata nuklear tertinggi iaitu 8,500 peledak nuklear aktif.

1. Amerika Syarikat

tentera us

  • Indeks kekuatan : 0.0857 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM2.52 trilion
  • Jumlah tentera : 2,363,675
  • Jumlah tentera aktif : 1,373,650
  • Tenaga buruh : 158,600,000
  • Jumlah pesawat : 13,762
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 415

Dengan jumlah peruntukan ketenteraan mencecah RM2.5 trilion iaitu hampir dua kali ganda jumlah peruntukan kelima-lima negara yang lain digabungkan, tidak dapat dinafikan lagi mengenai kekuatan pasukan tentera Amerika Syarikat.

usa 961

Selain itu, kelebihan terbesar pasukan tentera ini adalah ia merupakan peneraju dalam pengeluaran pesawat, dan mempunyai jumlah pesawat sebanyak 13,762 iaitu lebih daripada 3 kali ganda jumlah pesawat tentera Rusia.

Amerika Syarikat juga melaksanakan teknologi canggih seperti rail gun baru bagi tentera laut mereka, serta mempunyai 7,500 senjata nuklear.

33. Malaysia

komando malaysia melayu ramd

  • Indeks kekuatan : 0.6423 (0.000 adalah yang terkuat)
  • Peruntukan : RM20.1 billion
  • Jumlah tentera : 420,000
  • Jumlah tentera aktif : 110,000
  • Tenaga buruh : 15,000,000
  • Jumlah pesawat : 232
  • Jumlah kekuatan tentera laut : 74

askar tentera darat melayu wanita

Tidak ketinggalan, pasukan tentera Malaysia berada di senarai ke-33 pasukan kententeraan terkuat di dunia. Jumlah peruntukan ketenteraan boleh dikatakan agak tinggi, walaupun ketinggalan sebanyak 125 kali ganda daripada peruntukan ketenteraan Amerika Syarikat.

Rujukan : Global Fire Power 2022




Hakcipta iluminasi.com (2017)