Penggunaan istilah 'chickenpox' kerap kali disebut kerana penyakit itu memang selalu berlaku pada masyarakat kita, khasnya pada golongan kanak-kanak.

Jangkitan yang mampu menyebabkan wujud bintik-bintik kecil berwarna merah pada kulit dan menyebabkan kegatalan yang amat dirasai, memang satu pengalaman yang akan dirasai majoriti kita semua.

Penulis selalu memikirkan apa kaitannya ayam (chicken) dengan penyakit tersebut? Betulkah memang ada kaitan sehingga penyakit itu dinamakan sedemikian rupa? Jom kita pelajari serba sedikit kenapa namanya sebegitu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Perbezaan Smallpox dan Chickenpox

chickenpox rawatan rumah

Satu perkara yang ada perlu tahu, penyakit cacar (smallpox) dan cacar air (chickenpox) bukanlah penyakit yang sama. Ini kerana kedua-duanya disebabkan oleh virus yang berbeza.

Penyakit cacar boleh dikatakan sudah pupus selepas proses vaksinasi mula diperkenal dan diperkembangkan dengan kes terakhir dilaporkan pada tahun 1978. Cacar air pula masih merebak seperti biasa dengan anggaran 4 juta orang dihinggapi setiap tahun.

Rupa bintik-bintik kedua-dua penyakit juga berbeza di mana 'smallpox' mempunyai bintik-bintik yang lebih besar dan bulat, sementara chickenpox pula lebih halus dan mempunyai cecair di dalam gelembungnya.

Walaupun 'chickenpox' dianggap tidak berbahaya berbanding 'smallpox' yang sangat ditakuti, cacar air juga mampu menyebabkan kematian. Daripada 4 juta yang dijangkiti, 100 pesakit akan meninggal dunia.

Nama lama penyakit cacar 'chickenpox'

smallpox wabam

Kes pertama penemuan penyakit 'chickenpox' yang direkodkan berlaku sekitar abad ke 16, direkodkan oleh seorang individu Itali bernama Giovanni Filippo. Walaupun begitu, beliau menamakan penyakit itu sebagai jangkitan virus varicella atau 'varicella virus.'

Nama itu dipilih berdasarkan kepada istilah latin 'varius' dan 'variola' yang bermaksud sesuatu yang merebak dalam kuanititi yang banyak serta tidak sekata.

Sementara itu 'pox' pula datang daripada perkataan lama 'pock' yang telah diubah ejaannya. 'Pock' datang daripada perkataan Inggeris kuno yang berasal usul daripada perkataan Jermanik 'puh' yang membawa erti 'bintik' atau 'bengkak'.

Apabila satu bintik, perkataan yang akan digunakan untuk merujuknya adalah 'pock' tetapi apabila bintiknya banyak, akan ditulis sebagai 'pokkes.'

Istilah 'pox' diambil daripada istilah 'pokkes' yang telah diubah ejaannya mengikut peredaran zaman.

Jadi apa kaitannya dengan ayam?

ayam chickenpox petua

Label 'chicken' yang digunakan dalam istilah 'chickenpox' tidak jelas dari mana datangnya. Ini kerana wujud terlalu banyak pendapat dan teori yang cuba menjelaskannya tanpa ada bukti yang kukuh.

Pendapat pertama menyebut label 'chicken' digunakan bagi membezakan 'chickenpox' dengan 'smallpox' dan 'chicken' dipilih kerana tidak berbahaya kepada manusia; jadi 'chicken' yang melambangkan sesuatu yang jinak digunakan.

Ada pendapat menyebut apabila seseorang diserang cacar air, kulit kita akan jadi mirip seperti ayam.

Pendapat ketiga yang ada hujahnya adalah kewujudan istilah 'giccan' daripada bahasa Inggeris kuno, yang membawa maksud 'menyebabkan kegatalan. Apabila digabungkan dengan perkataan 'pock', istilah penuh 'giccan pock' yang memberikan erti 'bintik-bintik yang menyebabkan kegatalan' akan terbentuk.

Sama seperti perkataan 'pock' yang berubah ejaannya, perkataan 'giccen' turut sama mengalami perubahan. Ketika era Inggeris pertengahan, ejaan asal 'giccen' ditukar kepada 'icchen' yang bunyinya lebih mirip dengan 'chicken' dan istilah 'icchen pox' mula digunakan.

Harus diingatkan, tidak ada bukti kukuh menunjukkan pendapat di atas benar dan ini hanyalah andaian penyelidik bahasa sejak zaman dahulu. Sehingga kini tidak ada kajian berjaya membuktikan kenapa ayam dipersalahkan dalam urusan penamaan 'chickenpox.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)