Oleh pada 05 Mar 2021 kategori

Walaupun perubahan zaman banyak mengubah budaya, agama dan adat masyarakat di sekitar Asia Tenggara, masih banyak elemen kemasyarakatan antara kita yang masih kita kongsikan - khasnya bahasa. 

Di Filipina, masih terdapat banyak istilah serupa dalam bahasa masyarakat mereka yang dikongsi penggunaannya dengan menggunakan istilah sama. Ini membolehkan kita serba sedikit faham apa yang dipertuturkan harapnya khasnya komuniti di kawasan Kepulauan Kabisayan. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Cuma janganlah guna istilah 'wikang' depan orang Filipina bagi merujuk kepada aksi berani mat motor di Malaysia. Di negara itu, 'wikang' bermaksud 'bahasa' Jadi 'Wikang Pilipino' adalah nama rasmi bahasa mereka yang langsung tidak berkait dengan arena permotoran.

1. Bibingka

kuih bingka ubi

Siapa suka kuih bingka? Salah satu kuih kegemaran penulis yang dibuat daripada tepung beras dan santan ini, digelarkan 'bibingka' di Filipina. 

Rupanya ada sedikit berbeza berbanding bentuk yang selalu kita dapat lihat di negara kita dan bahan yang digunakan juga telah mengalami perubahan, namun persamaannya tetap serupa iaitu istilah 'bingka' merujuk kepada sejenis kuih.

2. Lalaki

lalaki lelaki bahasa istilah

Istilah ini kekal makna dan penggunaannya di antara kita dan Filipina, terus digunakan bagi merujuk kepada jantina lelaki yang bersifat maskulin, tinggi dan tegap.

Sama seperti kita, 'lalaki' juga digunakan bagi menggambarkan usia seorang remaja atau kanak-kanak yang telah layak dikatakan matang.

3. Kita

kempen kerajaan malaysia kita prihatin

Orang Malaysia biasanya menggunakan istilah 'saya' atau 'aku' bagi merujuk diri sendiri. Ada juga yang memilih untuk menggunakan istilah 'kita' seperti 'kita kan tadi pergi makan' merujuk kepada seorang individu.

Bagi orang Filipina pula, 'kita' mempunyai makna yang boleh membawa makna sama 'kita' tetapi boleh juga diguna sebagai istilah yang sama makna dengan 'awak'.

4. Mahal

Bagi masyarakat Filipina, mereka juga menggunakan istilah 'mahal' bagi menggambarkan sesuatu yang harganya tinggi.

Namun dalam masa yang sama, penggunaan itu juga diperkembangkan bagi memaksudkan sesuatu perasaan yang intim, lebih berkait dengan cinta, sesuatu atau seseorang yang dihargai.

Sekiranya ada gadis atau jejaka Filipina berkata kepada anda 'mahal kita' kepada anda, itu tandanya dia sedang melafazkan cinta. Dia bukan berlagak nak kata dia pakai barang mahal.

5. Leche

rubik kiub leceh kompleks

Apa label yang kita gunakan untuk menggambarkan sesuatu yang sukar sehingga menjengkelkan kita? Kita akan sebutkan sesuatu itu sebagai leceh!

Orang Filipina juga menggunakan istilah serupa cuma ejaannya berlainan iaitu 'leche' tetapi intonasinya berkemungkinan serupa, disebut dengan nada geram yang berbaur dengan rasa marah.

"Kau ni leche aa!"

6. Sandata

kali sandata filipina

Bunyinya seperti berkait dengan teknologi komputer bukan? San + Data. Walaupun demikian, 'sandata' sebenarnya membawa makna yang serupa dengan istilah 'senjata' dalam bahasa Melayu.

'Sandata' digunakan sebagai kata nama am bagi mewakili kesemua jenis senjata tetapi kebiasaannya digunakan bagi merujuk senjata berbentuk pedang dan keris yang digunakan masyarakat mereka satu masa dahulu.

Kita dan Filipina meminjam istilah ini dari bahasa Sanskrit 'samyatta,' yang membawa makna seseorang yang sentiasa bersedia mempertahankan diri.

7. Kanan

tangan kanan

Bagi merujuk kepada arah kanan, orang Filipina juga menggunakan istilah 'kanan' seperti kita. Namun untuk merujuk kepada arah atau belah kiri, mereka menggunakan istilah 'kaliwa.' 

Jadi 'kanan at kaliwa' bermaksud 'kanan dan kiri'. Sementara itu untuk merujuk kepada pergerakan lurus, mereka menggunakan istilah 'diretso.' 

8. Binibini

binibini filipina

Sekiranya anda gadis Malaysia yang melancong ke Filipina, janganlah marah pula seandainya ramai jejaka di sana memanggil anda sebagai 'binibini' mereka. 

Kita menggunakan istilah 'bini' untuk merujuk kepada wanita yang telah dikahwini dalam cara yang tidak formal. Bagi orang Filipina pula, 'binibini' bermaksud 'Cik' atau gelaran panggilan yang digunakan untuk memanggil seorang wanita. 

Harap wanita-wanita di Malaysia faham penggunaannya dengan tepat, agar tidak berlaku salah faham sehingga mengakibatkan suami perlu tidur atas sofa.

9. Gunting 

gunting filipina pakar kerja tangan

Gunting merujuk kepada apa saja perlatan atau perkakas yang kita guna, untuk memotong sesuatu. Istilah ini juga kerap ditemui apabila berlakunya perbincangan melibatkan seni pertahanan diri masyarakat mereka iaitu 'kali.'

Teknik 'gunting' merupakan antara cabang pertahanan diri dalam Kali yang diajar untuk seseorang menyerang balas penyerangnya, dengan mencederakan bahagian tangan menggunakan prinsip yang diibaratkan sama seperti sebilah gunting.




Hakcipta iluminasi.com (2017)