Oleh pada 18 Aug 2019 kategori

Setiap hari kita akan menggunakan nombor dalam perkiraan, sama ada untuk mengira harga barangan, membeli petrol ataupun mengira berapa gol mampu dijaringkan dalam perlawanan bola sepak.

Penggunaan nombor sangat meluas di kalangan masyarakat seluruh dunia dan kita juga tidak dapat lari dari perkara serupa. Kami sudah menerbitkan satu artikel berkenaan asal-usul nombor yang kita gunakan, bagi menjelaskan dari mana datangnya nombor-nombor ini serta konsep di sebalik nombor yang ada.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, mari kita belajar dari mana datangnya istilah atau terma yang digunakan bagi mewakili nombor-nombor ini, dalam bahasa Melayu. Pernahkah anda tertanya dari mana datangnya istilah 'satu, dua, tiga, empat' dan seterusnya?

1. Satu, dua dan tiga

asal usul nombor bahasa melayu

Ketiga-tiga istilah di atas diambil daripada bahasa Sanskrit yang mewakili perkataan esa/eca mewakili satu, dwi/dvi mewakili dua dan tri/teri yang mewakili tiga.

Wujud beberapa variasi sebutan dan ejaan yang digunakan dengan bahasa Kelantan sejak zaman dahulu lagi kerap menggunakan istilah 'duo' bagi nombor 2 dan 'tigo' bagi nombor 3, secara rasminya dalam penulisan.

Harus diingatkan, wujud beberapa pertikaian tentang asal-usul istilah 'satu' sama ada benar-benar datang daripada bahasa Sanskrit ataupun sebenarnya datang daripada beberapa dialek yang berlainan lalu mengalami perubahan sebelum sampai pada ejaan 'satu.'

2. Empat

empat

Istilah 'empat' mempunyai banyak asal-usul yang mempunyai persamaan ketara, kerana kesemuanya datang dari rumpun yang serupa. Orang Dayak di Kalimantan menggunakan istilah 'ampat', orang Senoi 'mpat', Iban 'mpak', Bidayuh 'epak' dan Kelantan 'mpat.' Jadi daripada situlah perkataan 'empat' diambil.

3. Lima

asal usul nombor bahasa melayu lima

Sehingga kini asal-usul perkataan lama belum ditemui dari mana datangnya, kerana kajian belum menemui bagaimana perkataan ini terbentuk.

Ini kerana jika dirujuk kepada bahasa-bahasa lama, jumlah lima tidak menggunakan perkataan mirip lima, tetapi menggunakan perkataan yang jauh berbeza bunyinya. Orang Kelantan menggunakan perkataan 'kereniok' dan 'nalan'. Bahasa Sanskrit pula menggunakan istilah 'panca' sebagai istilah mewakili nombor lima.

Satu pendapat yang kuat untuk dikaitkan dengan asal-usul istilah lima adalah istilah 'lima' yang digunakan bagi merujuk kepada sebelah bahagian tangan, digunakan oleh sebahagian orang Melayu di Malaysia Timur dan Mindanao. 'Lima' ini harus difahami merujuk kepada anggota badan semata-mata ya. Setakat ini, belum ada kajian berjaya menghubungkan istilah 'lima' untuk tubuh dan 'lima' untuk nombor lima.

4. Enam

asal usul nombor bahasa melayu enam

'Enam' diambil daripada bahasa orang Jawa 'enem', Minang 'anam' atau 'nam' yang diamalkan oleh sesetengah etnik di Malaysia Timur. Orang Kelantan mempunyai beberapa variasi dialek untuk 'enam' yang telah digunakan sejak dahulu lagi iaitu 'ne', 'nem' atau 'onom.'

5. Tujuh

asal usul nombor bahasa melayu tujuh

Istilah tujuh pula diambil daripada istilah 'tuju' atau 'telunjuk.' Hipotesis bagaimana istilah ini wujud adalah berpunca daripada daripada kaitan perkataan 'pitu' dalam bahasa Jawa yang membawa makna serupa iaitu 'tujuh.'

Istilah 'pitu' diambil sebagai singkatan kepada perbuatan 'pi tunjuk' atau 'pergi tunjuk', sebelum perkataan 'pitu' dipinjam oleh orang Kedah untuk merujuk kepada angka tujuh. Perbuatan menunjuk dengan jari akan membuatkan kita menujukan sesuatu dengan jari telunjuk.

Sebagai contoh; kiraan jari melibatkan buku lima sebelah kiri mewakili jumlah 'lima' digabungkan dengan ibu jari 'enam' dan jari telunjuk tadi mewakili tujuh, mirip dengan gaya kita menunjuk sesuatu. Jadi masyarakat zaman dahulu menamakan nombor tujuh berdasarkan kepada perbuatan kita menunjuk kepada sesuatu arah.

6. Lapan

asal usul nombor bahasa melayu lapan

Istilah 'lapan' pula datang daripada istilah dulapan atau dualapan, singkatan daripada frasa 'dua + alap + an' yang digunakan apabila masyarakat dahulu membuang dua daripada sepuluh.

'Alap' adalah perkataan bahasa Jawa yang bererti 'ambil.'

7. Sembilan

asal usul nombor bahasa melayu sembilan

Mirip dengan angka lapan, sembilan juga mempunyai asal-usul yang serupa iaitu 'se + ambil + an' yang bererti 'ambil satu daripada sepuluh.'

Selain itu, masyarakat zaman dahulu iaitu masyarakat Sunda juga menggunakan istilah 'Se+lapan' bagi menggambarkan angka sembilan, yang bererti satu ditambahkan kepada lapan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)