drama cili padi

     

Drama Cili Padi merupakan antara siri popular yang cukup dekat dengan jiwa penonton sekitar era 80-an dan 90-an.

Sehingga kini sekalipun naskhah ini masih diingati ramai dengan plot cerita dan sebahagian skrip siri tersebut yang masih segar di ingatan.

Antara lain, Cili Padi berjaya melonjakkan nama barisan para pelakonnya seperti Nik Fariz, Jaafar Onn, Melissa Saila, Anne Ngasri dan Tam.

Watak Shafik antara yang mendapat perhatian ramai kerana gelagat dan kenakalan kanak-kanak itu yang sering menimbulkan kekecohan.

Pendukung wataknya iaitu Nik Fariz Nik Fadzil ketika membintangi drama berkenaan, baru sahaja berusia 10 tahun.

Namun kini selepas lebih dua dekad, ramai yang tertanya-tanya keadaan dan wajah terkininya.

Daripada seorang kanak-kanak comel yang mempunyai telatah menghiburkan, kini beliau berubah menjadi seorang lelaki matang dan dewasa.

Menjengah usia 37 tahun, beliau telahpun mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Khairun Nisa Abdul Halim dan dikurniakan cahaya mata perempuan berusia lapan tahun.

Difahamkan, Nik Fariz yang masih menerima tawaran berlakon, memilih untuk tidak lagi aktif dalam dunia hiburan kerana sibuk menyara kehidupan menerusi karier dalam bidang fotografi dan komputer.

Berikut dikongsikan 3 foto terkininya:-

      

pelakon cili padi

drama bersiri cili padi

nik fariz nik fadzil

    

Info Drama Cili Padi

  • Cili Padi mengisahkan kehidupan Cikgu Jaafar yang sering diganggu oleh kenakalan empat orang kanak-kanak.
  • Ditunjangi pelakon Nik Fariz Nik Fadzil sebagai watak Syafiq, Anne Ngasri (Lili), Melissa Saila (Maria), Tam Suhaimi (Salim) dan Jaafar Onn (CIkgu Jaafar).
  • Siri itu bukan sahaja menjadi fenomena di kalangan penonton kanak-kanak, malah popularitinya menular di kalangan penonton dewasa.
  • Watak Shafiq cukup diingati ramai kerana karakternya termasuk fizikal luarannya yang berbadan gempal.

    

Sumber:

1. 25 Tahun Berlalu, Ini Wajah Terbaru Pelakon Cilik Cili Padi

2. Ingat Lagi Tak Watak Shafik Dalam Drama Cili Padi Yang Sering Buat Penonton Tergelak? Ini Wajah Terbarunya

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)