markah dan kedudukan peserta konsert ketiga gegar vaganza 4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan 10 peserta terpilih untuk mara ke minggu seterusnya.

Mereka ialah Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Konsert ketiga yang bertemakan ‘Berani Ke Tidak’ itu menyingkirkan Raja Azura yang memperoleh markah tercorot sebanyak 61.2 %.

Manakala penyanyi Liza Hanim mengungguli persaingan dengan pungutan markah tertinggi sebanyak 83.40%.

Penilaian dibuat sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan, Datuk Yusof Haslam.

Berikut kami sertakan senarai markah dan kedudukan peserta yang bertanding di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi.

1. Liza Hanim - 83.40%

2. Firman Siagian - 77.60%

3. Lan Kristal - 77.60%

4. Hazami - 75.60%

5. Tia Jinbara - 75.60%

6. Aishah - 75.40%

7. Syura - 73.8%

8. Haida - 71.8%

9. Aqasha - 63.4%

10. Elyana - 61.4%

11. Raja Azura - 61.2%

Liza Hanim yang mempertaruhkan Lagu Untukmu nyanyian asal kumpulan Meet Uncle Hussein dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori 'Lagu Paling Kau Ingat'.

Konsert GV4 ke udara secara langsung, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)