markah dan kedudukan peserta konsert keempat gegar vaganza 4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert keempat Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan hanya sembilan bintang dipilih untuk meneruskan perjuangan ke minggu kelima.

Membawa tema 'Berdua Lebih Baik', konsert malam tadi diungguli penyanyi Hazami dengan markah tertinggi sebanyak 86%.

Manakala Haida hanya mampu berpuas hati dengan markah tercorot yang diperoleh sebanyak 53.2%, sekaligus menjadikan beliau peserta ketiga tersingkir daripada program berkenaan.

Sembilan penyanyi yang layak ke konsert minggu hadapan ialah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, dan Elyana.

Penilaian markah dibuat sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah).

Berikut kami kongsikan senarai markah dan kedudukan 10 bintang yang beraksi di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi.

1. Hazami - 86%

2. Liza Hanim - 83.6%

3. Aishah - 80.6%

4. Firman Siagian - 67.8%

5. Tia Jinbara - 67.8%

6. Lan Kristal - 67.8%

7. Elyana- 65%

8. Syura - 61%

9. Aqasha - 61%

10. Haida - 53.2%

Dalam pada itu, Elyana yang mendendangkan lagu Aku Yang Tersakiti, duet bersama Aepul Drama Band dinobatkan Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori 'Lagu Paling Kau Ingat'.

Konsert GV4 bersiaran secara langsung setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak

tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)