Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert kedua Gegar Vaganza 4 menyaksikan hanya 11 bintang mara ke minggu seterusnya.

Mereka ialah Liza Hanim, Haida, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jimbara, Lan Kristal, Aqasha, Firman Siagian, Elyana dan Raja Azura.

Manakala nasib tidak menyebelahi penyanyi Ferhad apabila diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir di konsert yang bertemakan ‘Sekali Dengar Terus Melekat’ itu.

Penyanyi kelahiran Singapura itu terpaksa berpuas hati dengan pungutan markah terendah sebanyak 52.5 %.

Sementara itu, malam konsert tersebut menjadi milik Liza Hanim apabila diiktiraf sebagai peserta dengan markah tertinggi sebanyak 83.8 %.

Elyana menerusi persembahan Masih Cinta (nyanyian asal kumpulan Kotak) meraih trofi Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Keputusan diadilli sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Hetty Koes Endang, bersama juri undangan, aktor Datuk Jalaluddin Hassan.

Berikut kami kongsikan senarai markah dan kedudukan peserta konsert kedua GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi.

1. Liza Hanim - 83.8 %

2. Haida - 72.9 %

3. Hazami - 71.9 %

4. Syura - 67.3 %

5. Aishah - 67.3 %

6. Tia Jinbara - 66.8 %

7. Lan Kristal - 64.5 %

8. Aqasha - 63.4 %

9. Firman - 63.3% 

10. Elyana - 62.8 %

11. Raja Azura - 61 %

12. Ferhad - 52.5 %

Konsert GV4 ke udara secara langsung, setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)