Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert Gegar Vaganza 4 (GV4) minggu pertama berlangsung dengan meriahnya di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada Ahad.

Membawa tema 'Masihkah Kau Ingat', kesemua 12 penyanyi dikehendaki membawa lagu popular masing-masing dalam era kegemilangan mereka dahulu.

Di hujung program menyaksikan penyanyi Elyana yang mempertaruhkan lagu Tak Tercapai Akalmu dinobatkan sebagai juara 'Anugerah Gelora Vida Vaganza' untuk kategori 'Lagu Paling Diingati', sekaligus membawa pulang hadiah istimewa daripada penaja utama GV4, Datuk Vida.

Penilaian berdasarkan peserta menyerlah yang mendapat tanda suka paling banyak di laman sosial Instagram Vida.

Sementara itu, bintang GV4 memberikan persaingan hebat sekaligus menyukarkan kerja penjurian yang terletak seratus peratus di tangan juri profesional, iaitu dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang bersama juri undangan, Datuk Prof Chef Wan.

Siapakah yang berada di kedudukan pertama hingga terakhir? Kami kongsikan kedudukan, markah dan imbas kembali komen juri malam konsert.

1. Aishah - Janji Manismu (96%)

“Penonton dengar pun terpukau. Suara tu macam zaman anak dara, tak berubah. Tak dengar mengah langsung, macam mana tu?” - Datuk Chef Wan

2. Firman Siagian - Kehilangan (91%)

“Kamu tidak hanya menyanyi tetapi berbicara, itu yang mahal. Bagus sekali. Firman, bravo! Bravo! Bravo!” - Hetty Koes Endang.

3. Hazami - Mungkir Bahagia (90%)

“Vokal tak boleh cakap, memang bagus. Jiwa orang lama menyanyi, pengalaman,” - Datuk Ramli MS

4. Liza Hanim - Siapa Sangka Siapa Menduga (87%)

“Tak payah cakap vokal, masih ada kat situ lagi. Masih lagi di kelas kamu. Well done!” - Datuk Ramli MS

5. Lan Kristal - Seragam Hitam (86%)

“Berapa lama dalam industri? Saya tengok awak masih kaset lagi tau. Rock langgar bas, cun! cun!” - Datuk Ramli MS

6. Tia Jimbara - Farhana (85%)

“Konsisten... Suara bagus, lagu bagus, kalau muzik, bunyi dan lighting tidak bagus tidak akan menjadi. Semuanya hebat. Muzik dan gubahan lagu hebat! Tia, pertahankan nada tinggi kamu, tembaknya tadi pass!” - Hetty Koes Endang

7. Elyana - Tak Tercapai Akalmu (85%)

“Kamu ini mempunyai karakter yang luar biasa. Lagu ini ada nada yang unik, kalau nafas kamu tidak panjang habislah kerana lagu ini rapat sekali notenya, kamu sudah bagus!,” Hetty Koes Endang

8. Syura - Nazam Berkasih (82%)

“Bagus, saya suka rentak lagu tu. Persembahan awak wonderfull. Tetapi kalau lagu begini saya lebih suka jika awak berinteraksi dengan penonton.

“Pergi sana sini, main mata daripada awak berdiri di tengah pentas umpama pokok kelapa ditiup angin. Selain daripada itu suara awak memang merdu,” - Datuk Chef Wan

9. Ferhad - Kasih Berubah (75%)

“Kamu masih lagi maintain selepas bertahun-tahun terutamanya your powerfull voice. Dari segi penghayatan, I love it! Saya sukakan persembahan awak,” - Datuk Chef Wan

10. Aqasha - Embun (75%)

“Lagunya ibu suka, arrangement dan cara kamu nyanyikan juga ibu suka. Ekspresi perlu ada, jangan diam. Suara kamu bagus, ini pentas kamu. Semoga sukses,” - Hetty Koes Endang

11. Haida - Zapin Usik Mengusik (72%)

“Dah berapa lama tak menyanyi? You still sounds good. Well done, thank you very much,” -Datuk Ramli MS

12. Raja Azura - Hati Terkunci (68%)

“Raja Azura memang berbakat, awak punya effort malam ni memang bagus. Ada feeling, boleh nyanyi,” - Datuk Chef Wan

Konsert GV4 ke udara secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)