Oleh pada 29 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Astro Gempak

Semalam telah berlangsungnya konsert kelima Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Dalam persaingan yang menuntut para peserta menyampaikan lagu nyanyian asal terbaik, dalam menggamit nostalgia peminat, menyaksikan tiada peserta tersingkir di segmen penyingkiran.

Sementara itu, tuah menyebelahi Adeep Nahar menerusi pertaruhan lagu Untukmu Ibu, apabila menjulang kemenangan menerusi Anugerah Gema Kasih kategori gema paling bergema.

Ia sekaligus melayakkan beliau merangkul hadiah berupa RM5,000 sumbangan Beauty Kaseh untuk disalurkan kepada badan amal atau individu yang memerlukan.

Selain itu, In Team buat pertama kali menjadi juara Gema Star Of The Week minggu lalu hasil undian penonton.

Penilaian keseluruhan dibuat sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri undangan, Datuk Wah Idris.

Berikut komen-komen dan markah yang diberikan kepada setiap peserta.

konsert kelima gema gegar vaganza 2 kedudukan peserta markah dan imbasan komen juri 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Adeep Nahar & Mamat Exist - Untukmu Ibu (87.67%)

"Adeep buat saya menangis. Saya tak tahu kenapa, saya rasa masuk ke hati saya. Adeep tutup penampilan dengan sangat baik," - Oki Setiana Dewi

Awi Rafael & Nora Ariffin - Kaulah Segalanya (81.33%)

"Penampilan anda mengingatkan saya dengan Joe Cocker! Lagu ini tentang empati nasib Rohingya, idea dan mesej yang bagus. Tone suara Nora masuk dengan apa mesej yang disampaikan," - Farihin Abdul Fattah

"Penampilan sangat indah," - Oki Setiana Dewi

Fitri Haris & Lan Solo - Hati Emas (81.17%)

"Persembahan yang unik dan menarik. Suara anda hebat dan lebih hebat apabila bersatu dengan suara Lan Solo. Konsep cantik, lagu pun kena," - Datuk Wah Idris

In Team & Lah Ahmad - Flying Without Wings (81.17%)

"Suka dengan konsep anda, satu kesatuan indah!" - Oki Setiana Dewi

"Opening simple tapi epik! Sangat besar pada maknanya. Ini kaedah dakwah sangat berkesan. Overall the air feel with love. Mesej clear dan semua rasa kecintaan," - Farihin Abdul Fattah

Heliza & Hazwani Helmi & Mirwana - Bila Waktu Telah Berakhir (70.67%)

"Kalian selalu menampilkan stage act unik dan luar biasa. Saya kagum dengan suara Hazwani membaca ayat suci al-Quran," - Oki Setiana Dewi

Mestica & Acong - Mentari Merah Di Ufuk Timur (69.33%)

"Lagu ini sangat memuncak dengan perasaan gerun dan anda berjaya membawa kegerunan itu. Dinamik anda cukup bagus," - Farihin Abdul Fattah

Brothers & Man Bai - Bukan Kerana Nama (68%)

"Lebih bagus kalau ayat Al-Hujurat ditilawahkan. Saya suka kostum putih, ia menggambarkan suci bersih. Stage act simple tapi bagus," - Oki Setiana Dewi

Devotees & Hazami - Tekad (62.67%)

"Pemilihan lagu besar, suara lead merdu. Harmonization kurang sikit, keseluruhannya bolehlah tahan. Penampilan hebat," - Datuk Wah Idris

Sumber: Astro Gempak

GGV2 ke udara dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, setiap Sabtu, jam 9.00 malam, bersiaran secara langsung di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Pusingan seterusnya iaitu konsert minggu keenam bertemakan Gegar Gema Impian, membariskan 8 bintang yang masih kekal untuk merebut takhta juara.




Hakcipta iluminasi.com (2017)