markah dan kedudukan peserta finalis konsert akhir gegar vaganza 4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) menyaksikan enam finalis bersaing hebat merebut gelaran juara.

Bertemakan 'Solo & Battle', Aishah dinobatkan juara musim ini dengan markah tertinggi sebanyak 81%.

Diikuti tangga kedua hingga keenam, masing-masing diduduki Liza Hanim, Lan Solo, Hazami, Firman dan Tia Jinbara.

Penilaian dibuat sepenuhnya oleh dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama juri undangan, Datuk Rosyam Nor dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Dalam pada itu, Aishah turut merangkul Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.

Berikut kami kongsikan senarai markah dan kedudukan enam finalis akhir yang beraksi di Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor, malam tadi.

1. Aishah - 81%

2. Liza Hanim - 79%

3. Lan Solo - 70.4%

4. Hazami - 70%

5. Firman Siagian - 69%

6. Tia Jinbara - 66%

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)