markah dan kedudukan peserta konsert separuh akhir gegar vaganza 4

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Konsert separuh akhir Gegar Vaganza 4 (GV4) yang membawa tema 'Goyang Kaki Goyang Tangan & Runut Bunyi' hanya melayakkan enam peserta bersaing di peringkat akhir, minggu hadapan.

Minggu ketujuh itu menyaksikan Hazami menduduki tangga pertama dengan markah tertinggi sebanyak 70.55%.

Namun rezeki tidak berpihak kepada penyanyi Syura yang terpaksa akur dengan markah tercorot yang diperolehnya sebanyak 58.10% sekaligus menjadi bintang terakhir disingkirkan dalam musim ini.

Enam finalis akhir yang bakal berentap merebut trofi juara ialah Liza Hanim, Hazami, Aishah, Tia Jinbara, Lan Solo dan Firman Siagian.

Penilaian diadili oleh dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama Datuk Wah Idris dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar selaku juri jemputan.

Berikut kami kongsikan kedudukan dan markah penuh para peserta dalam konsert yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, malam tadi. 

1. Hazami: 70.55%

2. Aishah: 69.95%

3. Firman: 69.50%

4. Tia Jinbara: 69.35%

5. Liza Hanim: 68.85%

6. Lan: 66.40%

7. Syura: 58.10%

Dalam pada itu, Aishah yang cemerlang dalam persembahan lagu ‘Keranamu Kekasih’ dan 'River Deep Mountain High' dinobatkan pemenang Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori 'Lagu Paling Kau Ingat'.

Konsert akhir GV4 akan ke udara secara langsung dari Pinewood Iskandar Malaysia Studios, Johor Bahru, Johor pada Ahad depan (17 Disember 2017), jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)