Oleh pada 22 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram @astrogempak

Konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi, menyaksikan berakhirnya perjuangan penyanyi Shafie Rio selepas diumumkan tersingkir.

Beliau yang membawakan lagu Ada Apa Dengan Cinta duet bersama penyanyi jemputan, Azharina Azhar (nyanyian asal Melly Goeslaw dan Eric) terpaksa berpuas hati dengan pungutan markah tercorot yang diperoleh sebanyak 46.7%.

Manakala Noryn Aziz yang mempertaruhkan Seksis, duet bersama Liza Hanim (lagu asal oleh Anita Sarawak) mengungguli persaingan dengan markah tertinggi sebanyak 73.9%.

Dalam pada itu, Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini dianugerahkan kepada Amelina.

Secara automatik, tujuh lagi penyanyi melangkah ke minggu hadapan. Selain Noryn dan Amelina, mereka ialah Zamani, Hetty Sarlene, Mya Ruslee, Dia Fadila, Farawahida, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Penilaian markah dibuat oleh dua juri profesional iaitu pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, bersama Datuk Mokhzani Ismail selaku juri jemputan.

Berikut kami kongsikan kedudukan dan markah para peserta di konsert keempat:

markah dan kedudukan peserta konsert keempat gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram @astrogempak

            

  1. Noryn Aziz 73.9% (Duet:Liza Hanim / Lagu: Seksis)
  2. Maya Ruslee 73.8% (Duet: Tia Jinbara / Lagu: Bujang Senang)
  3. Dia Fadila 68.1% (Duet: Rahmad Mega / Lagu: Tangisan Marhaenis)
  4. Forteen 60.8% (Duet: Haiza / Lagu: Seluruh Cinta)
  5. Farawahida 58% (Duet: Ezad Lazim / Lagu: Hati Ini Telah Dilukai)
  6. Zamani 57.7% (Duet: Mamat / Lagu: Ghazal Untuk Rabiah)
  7. Hetty Sarlene 56.8% (Duet: Zarul Husin / Lagu: Aku Cinta Aku Rindu)
  8. Amelina 52.9% (Duet: Sam Innuendo / Lagu: Tak Pernah Hilang)
  9. Billy Zulkarnain 49.4% (Duet: Siti Nordiana / Lagu: Hanya Memuji)
  10. Shafie Rio 46.7% (Duet: Azharina / Lagu: Ada Apa Dengan Cinta)

           

Konsert GV5 ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM100,000, diikuti RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk pemenang tangga ketiga.

Manakala kedudukan keempat meraih RM20,000, kelima RM15,000 dan keenam pula RM10,000. Kesemua pemenang juga bakal menerima trofi.

            

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)