Oleh pada 05 Nov 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penyanyi Amelina yang mempertaruhkan lagu Seroja dendangan asal Search mengungguli konsert keenam Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi.

Beliau meraih markah 78.1 peratus diikuti pasangan duo Billy Zulkarnain dan Zamani yang berada di tangga kedua dan ketiga, masing-masing dengan 77.5 dan 72.8 peratus markah.

Namun nasib tidak menyebelahi Farawahida apabila diumumkan tersingkir selepas menerima mata tercorot sebanyak 61.5 peratus.

Menurut juri tetap Datuk Ramli MS, penyanyi itu melakukan banyak kesilapan kerana menyanyi dalam nada yang kedengaran sumbang.

“Dia banyak melakukan kesalahan dan banyak kedengaran sumbang.

“Dekat telinga saya kedengaran sangat jelas. Saya menilai dengan adil dan saya mendengar setiap suku kata dia ada buat kesalahan menyebabkan markahnya rendah,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Selain Ramli, para peserta turut diadili Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar bertindak sebagai juri undangan.

Seramai lapan bintang masih kekal untuk terus bersaing di minggu seterusnya. Mereka ialah Noryn Aziz, Amelina, Zamani, Dia Fadila, Hetty Sarlene, Maya, gandingan duo Billy Zulkarnain dan kumpulan Forteen.

Berikut kedudukan dan markah penuh peserta di konsert keenam.

markah dan kedudukan peserta konsert keenam gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

               

  1. Amelina (Seroja) - 78.1%
  2. Billy Zulkarnain (Back At One) - 77.5%
  3. Zamani (Hapus Aku) - 72.8%
  4. Dia Fadila (Bencinta) - 70.8%
  5. Maya Ruslee (Hatinya Tak Tahan) - 68.2%
  6. Noryn Aziz (Seandainya Masih Ada Cinta) - 64.3%
  7. Forteen (Satu) - 63%
  8. Hetty Sarlene (Korban Cinta) - 62.8%
  9. Farawahida (Ayat-Ayat Cinta) - 61.5%

                  

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak minggu ini menjadi milik Zamani.

Konsert GV5 yang bersiaran secara langsung selama lapan minggu dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), ditayangkan di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tangga ketiga.

Pemenang keempat, kelima dan keenam pula masing-masing menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Untuk info lanjut berkenaan GV5, layari laman sesawang www.gegarvaganza.com.my atau laman Instagram rasmi @gegarvaganzaofficial.




Hakcipta iluminasi.com (2017)