Oleh pada 08 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Gegar Vaganza 2018

Konsert ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5) bakal menyaksikan para peserta membawakan genre lagu yang pelbagai di luar lingkungan zon selesa masing-masing menerusi tema 'Lain Macam'.

11 penyanyi yang masih kekal ialah Amelina, Zamani, Noryn Aziz, Maya Matahari, Shafie Rio, Hetty Sarlene, Farawahida, Dia Fadilla, kumpulan Forteen, Elite dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Ketika konsert kedua berlangsung malam tadi, sebelum penyanyi Safura diumumkan tersingkir, pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad menerusi segmen 'Ada Lagu Ada Lagi' telah mendedahkan senarai lagu yang bakal dinyanyikan para peserta pada konsert minggu hadapan.

Iluminasi menyenaraikan lagu tugasan mereka:

senarai lagu tugasan konsert ketiga gegar vaganza 5 2 861

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

                 

  1. Noryn Aziz - Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
  2. Amelina - Segalanya Pasti (Aida Agil)
  3. Shafie Rio - Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)
  4. Hetty Sarlene - Pawana (Search)
  5. Maya Matahari - I Have Nothing (Whitney Houston)
  6. Billy Zulkarnain - Mahakarya Cinta (Faizal Tahir)
  7. Dia Fadila - Dondang Dendang (Noraniza Idris)
  8. Zamani - This Love (Maroon 5)
  9. Forteen - Suci Dalam Debu (Iklim)
  10. Farawahida - Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)
  11. Elite - Ku Bahagia (Melly Goeslaw)

                    

Konsert GV5 yang diadakan di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), turut ke udara secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria. 

Semua peserta diadili menggunakan penilaian markah juri profesional daripada pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, bersama seorang lagi juri undangan setiap minggu.

Untuk info lanjut mengenai program ini, layari laman sosial rasmi, Instagram @gegarvaganzaofficial dan laman sesawang www.gegarvaganza.com.my.




Hakcipta iluminasi.com (2017)