Oleh pada 15 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert ketiga Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad menjadi malam bermakna buat penyanyi Amelina yang mengungguli persaingan.

Beliau yang menyampaikan lagu Segalanya Pasti dipopularkan Aida Agil, berada di kedudukan teratas dengan pungutan markah tertinggi sebanyak 81.8%.

Manakala, bintang Cuckoo Paling Gempak menjadi milik Zamani.

Bagaimanapun, nasib tidak berpihak kepada kumpulan Elite yang menduduki tangga terendah dengan markah 49.5% sekaligus menjadi peserta kedua meninggalkan program realiti itu selepas Safura pada minggu lalu.

Ia sekaligus melayakkan 10 lagi bintang untuk mara ke konsert keempat.

Mereka ialah Zamani, Shafie Rio, Amelina, Maya, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Konsert dihoskan pasangan pengacara, Jihan Muse dan Nabil Ahmad.

Menampilkan barisan juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim serta juri undangan, Datuk Nash.

GV5 yang ke udara selama lapan minggu turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Untuk info, juara GV5 peringkat akhir bakal mendapat ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, diikuti RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tangga ketiga.

Manakala, keempat, kelima dan keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

Berikut kami kongsikan kedudukan bintang GV5 pada konsert ketiga mengikut penilaian juri profesional:

markah dan kedudukan peserta konsert ketiga gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

                  

  1. Amelina, 81.8%- Segalanya Pasti (Aida Agil)
  2. Farawahida, 72.6%- Lagu Rindu Merindu (Fauziah Idris)
  3. Noryn Aziz, 70.6% - Kabut Serangkai Mawar (Zaiton Sameon)
  4. Dia Fadila, 59.2%- Dondang Dendang (Noraniza Idris)
  5. Zamani, 59%- This Love (Maroon 5)
  6. Hetty Sarlene, 57% - Pawana (Search)
  7. Shafie Rio, 54.5%- Yang Penting Hepi (Jamal Mirdad)
  8. Mya Ruslee, 54%- I Have Nothing (Whitney Houston)
  9. Forteen, 53% - Suci Dalam Debu (Iklim)
  10. Billy Zulkarnain, 51.5%- Maharkarya Cinta (Faizal Tahir)
  11. Elite, 49.5% - Ku Bahagia (Melly Goeslaw)

                

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)