Oleh pada 02 Oct 2018 kategori

markah dan kedudukan peserta konsert pertama gegar vaganza 5 1

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

              

Konsert pertama Gegar Vaganza musim kelima (GV5) bertemakan ‘Oh Dia Ke?’ menampilkan 12 peserta menyanyikan lagu popular dalam era zaman kegemilangan masing-masing.

Minggu sulung ini penyanyi dangdut Amelina terpilih untuk menduduki tangga pertama dengan jumlah markah sebanyak 73.8%.

Manakala kumpulan Elite terpaksa berpuas hati dengan pungutan markah 46% yang sekaligus meletakkan mereka di kedudukan tercorot.

Selain itu, 10 lagi penyanyi yang bertanding ialah Zamani (Slam), Shafie (Rio), Safura, Maya Matahari, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain.

Peserta diadili sepenuhnya oleh juri tetap Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk AC Mizal.

Sementara itu, program realiti yang dikendalikan pasangan hos Jihan Muse dan Nabil Ahmad itu menobatkan kumpulan Forteen sebagai pemenang kategori Cuckoo Paling Gempak hasil daripada undian penonton di rumah.

Konsert GV5 yang bakal bersiaran selama lapan minggu turut dipancarkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Berikut kami kongsikan markah kesemua bintang berdasarkan penilaian juri profesional:

markah dan kedudukan peserta konsert pertama gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

               

  1. Amelina, 73.8% - Asyik, Memori Daun Pisang, Rindu
  2. Zamani, 72% - Gerimis Mengundang
  3. Shafie Rio, 64% - Haruskah
  4. Maya Matahari, 63% - Matahari
  5. Dia Fadhila, 58.9 %- Aku Masih Setia
  6. Forteen, 55.5% - Berdua Bersatu
  7. Hetty Sarlene, 54.5% - Sangsi Asmara
  8. Farawaheda, 53.3% - Tanpamu
  9. Safura, 53.1%- Sedalam Mana Cintamu
  10. Noryn Aziz, 51.9% - Fantasi Atau Realiti
  11. Billy Zulqarnain, 49%- Hati Terluka
  12. Elite, 46% - Tamparan Wanita

             

Sumber berita: Astro Gempak


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)