Oleh pada 15 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Gegar Vaganza

Program realiti televisyen yang mencetuskan fenomena, Gegar Vaganza musim kelima (GV5) diteruskan ke persaingan konsert keempat, minggu hadapan.

Pada konsert ketiga telah menyaksikan perjuangan penyanyi berkumpulan Elite dihentikan, sekaligus membuka ruang kepada yang lain untuk membuktikan kebolehan mereka bagi merangkul takhta juara.

Pertandingan dijangkakan lebih menyengat dengan barisan 10 bintang yang masih kekal iaitu Zamani, Shafie Rio, Amelina, Maya, Noryn Aziz, Farawahida, Hetty Sarlene, Dia Fadilla, kumpulan Forteen dan pasangan duo Billy Zulkarnain. 

Masing-masing bakal tampil dengan persembahan yang bertenaga menerusi tema 'Gegar Vaganza Bergegar Bergabung' yang mencabar mereka untuk berkolaborasi dengan bintang GV terdahulu menerusi lagu duet popular.

Iluminasi menyenaraikan lagu tugasan untuk konsert keempat:

senarai lagu tugasan konsert keempat gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

              

  1. Amelina & Sam Innuendo - Tak Pernah Hilang (Amelya & Kaer)
  2. Farawahida & Ezad Lazim - Hati Ini Telah Dilukai (Kris Dayanti & Ajai)
  3. Noryn Aziz & Liza Hanim - Seksis (Anita Sarawak)
  4. Dia Fadila & Rahmad Mega - Tangisan Marhaenis (Hattan & Dia Fadila)
  5. Zamani & Mamat Exist - Ghazal Untuk Rabiah (M. Nasir & Jamal Abdillah)
  6. Hetty Sarlene & Zarul - Aku Cinta Aku Rindu (Nurul & Ajai)
  7. Shafie Rio & Azharina - Ada Apa Dengan Cinta (Melly Goeslaw & Eric)
  8. Maya & Tia Jinbara - Bujang Senang (Wings)
  9. Forteen & Haiza - Seluruh Cinta (Dato' Sri Siti Nurhaliza & Cakra Khan)
  10. Billy Zulkarnain & Siti Nordiana - Hanya Memuji (Marcell & Shanty)

                 

Kesemua peserta dinilai dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim, bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Manakala, pasangan Nabil Ahmad dan Jihan Muse memegang peranan sebagai hos program yang dibawakan dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) serta disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria.

Untuk info lanjut berkenaan GV5, lawati laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau laman sesawang www.gegarvaganza.com.my.




Hakcipta iluminasi.com (2017)