Oleh pada 08 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Konsert kedua Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang menyaksikan persaingan sengit antara 12 penyanyi yang bertanding, berlangsung dengan meriah di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Para peserta dicabar membawakan lagu yang dipopularkan rakan saingan mereka menerusi tema 'Dalam Diam Aku Mencintaimu'.

Di hujung konsert, penyanyi Safura terpaksa akur apabila diumumkan tersingkir selepas meraih pungutan markah terendah daripada juri profesional, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim serta juri undangan, Datuk AC Mizal.

Manakala, kumpulan Elite pula mendapat pengiktirafan menerusi anugerah Cuckoo Paling Gempak hasil undian penonton di rumah.

Dikendalikan oleh pasangan hos, Jihan Muse dan Nabil Ahmad, konsert GV5 yang ke udara selama lapan minggu itu turut ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

Berikut kami kongsikan markah keseluruhan kesemua bintang berdasarkan penilaian juri profesional:

markah dan kedudukan peserta konsert kedua gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

                

  1. Noryn Aziz, 81.9% - Trauma (Elite)
  2. Amelina, 81.6% - Kembali Terjalin (Slam)
  3. Shafie Rio, 81.4% - Vida (Billy Zulkarnain)
  4. Hetty Sarlene, 72% - Ah Rindu Lagi (Amelina)
  5. Maya Matahari, 69% - Hilangkan Segalanya (Farawahida)
  6. Billy Zulkarnain, 67.6% - Mentari Muncul Lagi (Slam)
  7. Dia Fadila, 64.4% - Cerita Cinta (Noryn Aziz)
  8. Zamani, 64.2% - Andai (Dia Fadila)
  9. Forteen, 61.9% - Manisnya Senyumanmu (Elite)
  10. Farawahida, 56.6% - Rindu Aku Rindu (Hetty Sarlene)
  11. Elite, 48.5% - Bulan Cinta (Amelina)
  12. Safura, 39.7% - Diari Biru (Maya Matahari)

              

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)