Oleh pada 19 Nov 2018 kategori

markah dan kedudukan peserta konsert akhir gegar vaganza 5 1Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Penyanyi Noryn Aziz diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza musim kelima (GV5) dalam pertandingan pusingan akhir yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam tadi.

Noryn atau nama sebenarnya, Norazmahwati Abdul Aziz , 42, mempertaruhkan lagu Laskar Cinta (Dewa 19) duet dengan artis undangan, Awi Rafael dan Where Is The Love (Black Eyes Peas) berganding dengan Dia Fadila untuk pusingan battle.

Ia sekaligus meleburkan harapan lima peserta lain, Zamani, Maya, Amelina, Dia Fadila dan duo Billy Zulkarnain dalam merebut trofi utama.

Noryn membawa pulang wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta trofi.

Manakala, tangga kedua dimenangi Dia Fadila yang sekaligus mendapat habuan wang tunai berjumlah RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta trofi.

Kedudukan ketiga menjadi milik Zamani yang melayakkannya meraih wang tunai RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta trofi.

Diikuti tempat keempat disandang Amelina untuk ganjaran wang tunai RM20,000 berserta trofi.

Kelima milik Maya dengan hadiah wang tunai RM15,000.

Manakala Billy Zulkarnain terpaksa berpuas hati menduduki tangga keenam untuk hadiah wang RM10,000.

Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak menjadi milik Zamani.

Semua peserta diadili sepenuhnya oleh dua juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim, bersama juri undangan, penyanyi Datuk DJ Dave dan Joe Flizzow.

Konsert GV5 dihoskan pasangan pengacara Jihan Muse dan Nabil Ahmad, ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria, setiap Ahad, jam 9 malam.

markah dan kedudukan peserta konsert akhir gegar vaganza 5 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT AKHIR GV5

  1. Noryn Aziz - 78.40%
  2. Dia Fadila - 69.40%
  3. Zamani - 68.30%
  4. Amelina - 66.10%
  5. Maya - 65.80%
  6. Billy Zulkarnain´╗┐ - 64.90%



Hakcipta iluminasi.com (2017)