Kredit foto: Instagram @nursajat02
Usahawan kosmetik, Nur Sajat ditimpa malang apabila lori mengangkut produk kecantikan milik syarikatnya terlibat dalam nahas.
Lori yang membawa muatan bengkungnya di China itu difahamkan dalam perjalanan untuk dihantar ke Malaysia.
"Amat sedih bila pengeluaran Let's Bengkung Gold mengalami situasi macam ini. Saya baru dapat berita pagi tadi (Jumaat), lori yang sepatutnya menghantar pengeluaran terakhir pada kami mengalami kecelakaan jalan raya.
"Kami di sini meminta maaf kepada mereka, terutamanya para stokis, ejen dan pelanggan yang menunggu pengeluaran kami. Saya betul-betul terkilan dan amat serba salah bila berlakunya kejadian sebegini," tulisnya di Instagram.
Menurut Sajat lagi, pihaknya akan mempercepatkan persediaan pengeluaran buat pelanggan yang telah membuat pra-tempahan dengan stokis dan ejen mereka.
"Segala kemusnahan bengkung yang akan diterbangkan hari ini (Jumaat), sepatutnya ada 3000 helai. Tetapi, semuanya musnah belaka. Staf kami dari China memberi informasi pada saya pagi tadi. Amat menyedihkan.
"Saya akan sentiasa kemaskini tentang pengeluaran kami. Kepada para pelanggan, harap bersabar. Jangan marah para stokis atau ejen saya," tulisnya panjang lebar.
Anda juga boleh secara terus menghubungi ibu pejabat mereka bagi sebarang pertanyaan.
Sumber berita: Forum CARI & Instagram Nur Sajat