akhirnya sajat dedah maksud sebenar bobo dalam lagu bobo dimana 1

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Penyanyi dan usahawan terkenal, Nur Sajat mendedahkan maksud sebenar perkataan 'bobo' dalam judul lagu baharunya, Bobo Dimana.

Katanya menerusi entri Instagram, ia membawa makna tidur.

Ia sekaligus menangkis dakwaan nakal sesetengah netizen yang mengatakan kononnya 'bobo' bermaksud payudara wanita.

akhirnya sajat dedah maksud sebenar bobo dalam lagu bobo dimana 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Lagu yang didendangkan bersama Datuk Seri Aliff Syukri dan Lucinta Luna itu sedang berada di kedudukan pertama carta trending di laman Youtube dengan mengumpul hampir 5 juta tontonan.

Ia turut menjadi mangsa kecaman sesetengah pihak hingga video lirik yang dimuatnaik meraih lebih 293,000 dislike, berbanding hanya 34,000 like.

Sebelum ini, penyanyi hip hop Caprice turut tertanya-tanya maksud sebenar 'bobo' sewaktu penggambaran video muzik lagu itu menjadi tular.


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)