Oleh pada 30 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @wanyhasrita

      

Percaturan syarikat rakaman FMC Music menyatukan empat penyanyi wanita muda berbakat besar iaitu Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah dan Wan Azlyn menyumbangkan suara dalam sebuah lagu raya dengan mengekalkan suntikan irama malar segar, nampaknya benar-benar 'menjadi' apabila single berjudul 'Menanti Di Aildlfitri' itu mula menjadi siulan ramai.

Menambah perisa, video muzik rasminya hasil arahan sutradara Rifaiee menerusi produksi Rio Films itu menampilkan pelakon lelaki berpengalaman, Azhan Rani yang sebelum ini diingati menerusi watak Ustaz Hamidi dalam drama Nur 2.

      

lirik lagu menanti di aidilfitri wany hasrita wani syaz muna shahirah wan azlyn 2

Kredit foto: Instagram @wanyhasrita

    

Pemilihan aktor ternama itu menerima reaksi positif rata-rata netizen yang memuji keberkesanan watak dipegangnya iaitu sebagai bapa kepada keempat-empat orang penyanyi remaja ini.

Sementara jalan ceritanya pula dikatakan berjaya meruntun emosi hingga menumpahkan air mata sebahagian ramai.

Kini berada pada kedudukan pertama carta sohor Youtube Malaysia, video muzik yang dimuatnaik pada 24 Mei lalu di laman YouTube menerusi saluran FMC Music itu, berjaya mengumpul jumlah tontonan 1.3 juta hanya dalam lima hari sahaja.

Single ini dikira istimewa kerana ia seakan menyerupai lagu-lagu raya nostalgia suatu ketika dahulu, sekaligus majoriti netizen mengangkat karya ini sebagai lagu raya terbaik untuk tahun 2019.

Terdahulu, FMC pernah menerbitkan lagu-lagu raya yang masih 'evergreen' sehingga ke hari ini seperti Keindahan Aidilfitri nyanyian artis FMC, Bersyukur Di Hari Raya (Siti Nordiana & Achik), Hari Ini Hari Raya (Siti Nordiana & Syura) dan banyak lagi.

     

Lirik

Lagu: Menanti Di Aidilfitri

Penyanyi: Wany Hasrita, Wani Syaz, Muna Shahirah & Wan Azlyn 

Komposer: DJ Fuzz

Lirik: Waris

     

Kisah angin membawa tanya yang tak terjawab

Diteman sepi tiada dirimu yang aku harap

Benar kata perbidalan bagaikan pungguk rindukan bulan

Menanti tanpa jawapan berbuah seribu tanya dan persoalan

      

Hati ini bukan sebarang

Hanya dirimu yang ku miliki

Bertahun hidup di negeri orang

Tiada khabar yang ku dengari

Terasa asing di hati ini yang dah terluka

      

Termimpikan mu

Di pagi raya mulia

Aku menanti

Ku menanti

Ku menanti kehadiranmu

       

Impikan mu

Hasrat harapan tuk bersama

Di Aidilfitri

Aidilfitri

Ku menanti kehadiranmu

      

Cukup susah bertahun lama ku pendam rasa

Menelan duka dan nestapa sakit rasanya

Berlayar tak bertepian

Tiada perhentian mana arahnya

Biar aku sendirian

Penuh penantian selamanya

    

Kredit video: Youtube FMC Music




Hakcipta iluminasi.com (2017)