Oleh pada 14 May 2019 kategori

Kredit foto: Youtube MVM Music

Lirik

Lagu: Tak Dapat Raya

Penyanyi: Floor 88 & Baby Shima

Komposer: Zai Hamzah

Lirik: Achoi Floor 88

     

Mari semua kita

Raya rumah di sana

(Hi ya hi ya yeah)

      

Aku dengar dia orang kaya

Rumah besar kereta mewah

Tunggu dulu Akram bagi tahu

Rumah itu raya tahun dulu

      

Sirap dia tawar amat

Kuih makmur, semperit, tart

Tunggu duit tak dapat-dapat

       

Apa kata kita

Raya rumah di sebelah

(Hi ya hi ya yeah)

        

Aku dengar anak dia lawa

Putih gebu bibirnya merah

Tunggu dulu Achoi bagi tahu

Rumah itu rumah Haji Abu

       

Kau tak ingat

Apa kau dah buat

Getah scrap dia engkau rembat

       

Jadi kita nak beraya di mana

Takkan raya pertama

Duduk lepak sahaja

       

Hari raya

Orang semua bergembira

Kita pula berduka

Tak dapat raya

        

Jom raya rumah nenek aku

Ada rendang ketupat bahulu

Mana tahu dapat dihulur

Sepuluh atau lima puluh

Tunggu dulu Ayie bagi tahu

Nenek sendiri engkau pun tak tahu

Dia tak ada di rumah

      

Macam mana engkau tahu

Oi sepupu

Itu pun nenek aku

(Alamak, iye ke?)

       

Aku dah tak ada idea kita nak beraya dimana

Jom raya rumah awek ku

Dia pun tak ada hala tuju

Apa kata kita raya

Rumah awek dia

Kita cuci mata

     

Jemputlah naik sayangku

Bawa sekali teman mu

(Hi ya hi ya yeah)

       

Juadah sudah sedia

Semua di atas meja

Tunggu dulu kami mahu tahu

Siapa yang masak banyak begitu

    

Kalau kamu tahu

Ku cabut di kepala ku

Hantu

      

Jadi kita nak beraya di mana

Takkan raya pertama

Duduk lepak sahaja

      

Hari raya

Orang semua bergembira

Kita pula berduka

Tak dapat raya

Hantu

         

Kredit video: Youtube MVM Music

         

Biodata Ringkas Baby Shima

  • Nama penuhnya, Nor Ashima binti Ramli.
  • Lahir pada 20 September 1992 di Permas Jaya, Johor Bahru.
  • Berusia 27 tahun.
  • Memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.
  • Aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011.
  • Antara lagu hitsnya seperti Tak Sabar, Makan Hati, Main Mata, Sirna dan Roadblock Hatiku (duet bersama Floor 88).

         

Biodata Ringkas Floor 88

  • Dianggotai Nik Fadlee Elhamshah atau Ayie Elham selaku vokalis, Zai Hamzah atau Achoi (gitaris utama), Muhammad Falikh atau Falique (pemain gitar bes), Muhamed Eric Muhamed Fuzi atau Eric Fuzi (pemain keyboard), Muhammad Akram atau Akram (pemain dram) dan Amirul Affeq atau Amir (pemain gitar kedua).
  • Popular menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop rock, rock alternatif dan pop.
  • Mula bergiat aktif dalam bidang seni pada tahun 2009.
  • Antara lagu hits mereka seperti Zalikha, Aqilah, Ku Ingin, Janji Si Pendusta dan Roadblock Hatiku (duet bersama Baby Shima).

         

lirik lagu tak dapat raya floor 88 baby shima 2

Kredit foto: Youtube MVM Music

        

Sumber: Wikipedia [1, 2




Hakcipta iluminasi.com (2017)