Oleh pada 02 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Fara Hezel

Lirik

Lagu: Sukar Untukku

Penyanyi: Fara Hezel

Komposer: Amir Hariz

Lirik: Amir Hariz

               

Mudahnya engkau meminta

Setelah aku puas dihina

Kemana perginya kata

Selamanya ku akan percaya

               

Oh hujan turunlah

Seiring bersama air mata

Sungguh aku tak berdaya

Untuk meneruskannya

             

Kuatkanlah

Seandainya aku tertulis untuk dirinya

Tunjukkan aku bagaimana menempuhinya

Oh tuhan dengarkanlah

             

Aku menunggumu

Di dalam dunia bersama engkau yang dulu

Sukarnya untuk aku meninggalkan dirimu

Oh sukar untukku katakan

Apakah engkau sebenarnya

            

Kredit video: Youtube Aries Music

       

Info Fara Hezel

  • Nama penuhnya, Nurfaraazira binti Yusri​.
  • Berusia 23 tahun.
  • Lahir pada 8 Mei 1996​.
  • Berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor​.
  • Kakak kepada penyanyi Aiman Tino.
  • Bernaung di bawah label Aries Music​.
  • Bekas peserta program realiti, Big Stage musim pertama pada 2018.
  • Laman Instagramnya, @official_farahezel kini telah mengumpul lebih 280,000 pengikut.
  • Video muzik Sukar Untukku sudahpun menerima lebih setengah juta tontonan sejak dilancarkan pada 4 Mac lalu.
  • Tiga single lain yang pernah dirakam Fara ialah Setiaku Pasti, Ku Pasrah dan Terasa Cinta (duet bersama Aiman Tino).
  • Pernah dikhabarkan berhubungan cinta dengan pelakon Erry Putra sebelum ikatan itu terputus kerana tidak mendapat restu keluarga.

      

lirik lagu sukar untukku fara hezel 2

Kredit foto: Instagram Fara Hezel

        

Fakta Menarik

  • Mempunyai 10 adik-beradik.
  • Pernah muncul sebagai model dalam video muzik 'Ku Rela Dibenci' nyanyian adiknya, Aiman Tino.
  • Selain Aiman, beliau mempunyai dua orang lagi adik yang mempunyai kebolehan menyanyi dan bakal menceburi dunia hiburan kelak.
  • Bapa dan ibunya yang berbakat mencipta lagu, bertanggungjawab menyumbangkan karya terhadap beliau dan Aiman.

        

Sumber:

1. Utusan

2. BH Online

3. Kosmo

4. Mstar

5. Big Stage

6. Hangat.com

7. Harian Metro

8. Projek MM




Hakcipta iluminasi.com (2017)