Kredit foto: Instagram @wanyofficial_
Lirik
Lagu: Malu-Malu Kucing
Penyanyi: Syafa Wany
Komposer: Ram Dhan
Lirik: Ram Dhan
Hey kamu
Mengapa selalu
Perhatikan aku
Cari cari tahu tentang aku
Kau tanya
Siapa namaku
Nombor whatsappku
Di mana rumahku
Ku jadi malu
Dengan teman-teman
Kau tegur aku selalu
Kalau kamu suka katakan suka
Kalau kamu cinta katakan cinta
Jangan malu-malu pada diriku
Malu-malu kucing
Ku tanya siapa nama
Di mana rumahmu
Ku suka kamu tapi malu
Kredit video: Youtube Datu Entertainment
Biodata Syafa Wany
1. Nama sebenarnya, Nur Syafawani Binti Roslan. Dikenali sebagai Syafa Wany.
2. Lahir pada 2 Disember 2004. Kini berusia 15 tahun.
3. Menetap di Alor Setar, Kedah.
4. Selain penyanyi, beliau juga menanam impian bergelar pegawai polis.
5. Mengagumi penyanyi Wany Hasrita, manakala aktor Shukri Yahaya sebagai pelakon pujaan.
6. Meletakkan genre Balada dan Irama Malaysia sebagai muzik kegemaran, 'Menahan Rindu' sebagai karya paling diminati.
7. Menggemari hidangan Chicken Chop, Chicken Grill dan Sirap Laici.
8. Mula menceburi bidang seni suara sejak berumur tujuh tahun.
9. Kini merupakan artis cilik di bawah naungan syarikat rakaman Datu Entertainment Sdn Bhd yang antara lain disertai penyanyi Santesh, Danial Zaini, Issey, Arill Fesol, Hashmitha, Syafa Wani dan Alief Tarmeze.
10. 'Malu-Malu Kucing' dipertaruhkan sebagai single sulungnya, hasil sentuhan komposer Ram Dhan, manakala lirik oleh Ram Dhan.
11. Laman rasmi Instagramnya sehingga kini sudah mencecah seramai 185,000 pengikut.
Kredit foto: Instagram @wanyofficial_
Sumber:
1. Wazuwardi