Oleh pada 17 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @syafiqfarhain

Lirik

Lagu: Manis-Manis Cinta

Penyanyi: Syafiq Farhain & Baby Shima

Komposer: Pak Ngah

Lirik: Siso Kopratasa

Gubahan : Ayop Azril

        

Sungguh mati aku tak jemu

Walau selalu kau di sisi ku

Sungguh mati aku tak jemu

Walau selalu kau di sisi ku

       

Denyut nadi degup jantung ku

Hanya untukmu cinta yang satu

Manis-manis orang bercinta

Siang malam mahu bersama

        

Kau berikan satu cintamu

Tulus suci hanya untukku

Kau berikan satu cintamu

Tulus suci hanya untukku

          

Jasad nyawa hela nafasku

Hanya untukmu cinta yang satu

Manis-manis orang bercinta

Siang malam mahu bersama

        

Jangan sampai ada air mata

Yang memisah kita di dunia

Jangan sampai ada kecurangan

Yang membunuh cinta cinta kita

        

Hanya engkau hatiku berpaut

Sanjungan batinku

Hanya engkau jiwaku berteduh selamanya

       

Rembulan merangkai rinduku

Setiap kali kau menjauh

Percaya siapa padaku kenapa

Tak pernah kau jauh di hati

       

Walaupun dijampi mentera

Tak mampu menewaskan cinta

Sentuhlah di mana dakaplah mengapa

Cintaku di kamar hatimu

       

Kalau hidup seribu tahun

Bersamamu aku tak jemu

Kalau hidup seribu tahun

Bersamamu aku tak jemu

      

Kalau mati boleh bersama

Tanam sekubur kita berdua

       

Manis-manis orang bercinta

Manis-manis orang bercinta

Siang malam mahu bersama

Siang malam mahu bersama

       

Kredit video: Youtube MVM Music

      

Info

  • 'Manis-Manis Cinta' merupakan karya terakhir ciptaan Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah.
  • Allahyarham Pak Ngah menghembuskan nafas terakhir di usia 60 tahun sewaktu berada di Batam, Indonesia pada 25 September lalu kerana mengalami kegagalan jantung.
  • Sesi rakaman lagu disifatkan Syafiq sebagai mencabar kerana ketiadaan komposer itu membimbing mereka di studio.
  • Kerjasama yang terhasil pula dianggap mudah memandangkan Syafiq dan Baby Shima sendiri pernah sama-sama terbabit menjayakan program realiti, Big Stage, tahun lalu.
  • Video muzik single terbaharu ini sudahpun mendapat lebih 300,000 tontonan di Youtube selepas dua hari dilancarkan, Isnin lalu.
  • Juga boleh didapati di pelantar digital termasuk iTunes, Spotify dan Joox.

       

lirik lagu manis manis cinta syafiq farhain baby shima 2

Kredit foto: Instagram @syafiqfarhain

          

Sumber:

1. BH Online

2. Utusan




Hakcipta iluminasi.com (2017)