Oleh pada 02 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @khaibahar94

Lirik

Lagu: Air Mata

Penyanyi: Khai Bahar

Komposer: Khai Bahar

Lirik: Khai Bahar

       

Ku pejamkan mata dan

Ku Biarkan semua berlalu

Langkah Kaki terpijak

Di Bumi nyata sandiwara

       

Rasa kecewa menghentikan fikiranku

Hujan takkan berhenti

Selagi jiwaku rapuh

Dan masih tetap disini

        

Buanglah semua rasa

Keresahan dalam diri

Terbang tinggi

Airmata

      

Jauhku melangkah namun diriku tetap disini

Rasa kecewa menghentikan fikiranku

Selagi jiwaku rapuh

Dan masih tetap disini

        

Airmata

Seketika

Takkan berpanjangan tiba

      

Airmata

Rasa luka

Pedih menyiksa jiwaku

        

Kredit video: Youtube nartvnetwork

       

Info

  • Khai Bahar atau nama lengkapnya, Muhammad Khairul bin Baharuddin merupakan pemegang lebih 20 trofi daripada pelbagai acara anugerah.
  • Air Mata menjadi single kesepuluhnya.
  • Video muzik rasmi single yang dilancarkan di Youtube sejak 28 April lalu itu pantas mengumpan pelayar dengan sehingga kini mencatatkan hampir 400,000 tontonan serta menduduki carta trending.
  • Album pertamanya bakal diterbitkan pada Ramadhan ini yang mana menampilkan 11 buah lagu dengan enam daripadanya adalah single terdahulu. Selain lagu ciptaan sendiri, ia turut melibatkan karya sentuhan komposer dari Indonesia.
  • Baru-baru ini, Khai mengumumkan pengundurannya daripada NAR Records selepas tiga tahun terikat dengan kontrak syarikat rakaman berkenaan. Beliau yang ingin mencari angin baharu, memutuskan untuk menguruskan sendiri karier seni selepas ini.
  • Terdahulu, lagu yang pernah mempopularkan nama Khai seperti Bayang, Dari Jauh Saja, Luluh, Rahsia Kita, Cinta Syurga (duet bersama Datuk Siti Nurhaliza), Jodohku, #123 dan banyak lagi.

         

lirik lagu air mata khai bahar 2

Kredit foto: Instagram @khaibahar94

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)