Oleh pada 15 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Lirik

Lagu: Terlalu Memuja

Penyanyi: Wany Hasrita

Komposer: Sharon Paul

Lirik: Fedtri Yahya & Gouffran

        

Berulang suara hati

Berbicara tentang dia

Senyuman pun canda bahagia

Kini sepi dalam memori semalam

         

Hanya aku yang tahu

Hanya aku yang menanggung

Segala erti pengorbanan

Ku tempuhi dalam kedukaan

         

Biarlah aku sendirian tanpa cinta

Dari menyaksikan sebuah kepuraan

Tibalah waktunya aku harus tinggalkan dia

          

Hamparan hati yang dulu pernah ku berikan

Kini menjadi kehilangan melukakan

Apakah silapku

Terlalu memuja

           

Disini berakhir segala

Episod bersamanya

         

Aku dipersia

Tibalah waktunya

Rintihan berlalu

        

Kredit video: Youtube FMC Music

         

Info

  • Wany Hasrita merupakan pemilik nama lahir, Nurshazwany Hasrita Hasbullah.
  • Sebelum ini mendapat tempat di hati pendengar muzik tempatan menerusi deretan lagu popular seperti Menahan Rindu, Disana Cinta Disini Rindu (duet bersama Tajul), Rintihan Rindu, Ewah Ewah, Aku Serius (bersama Tajul) dan banyak lagi.
  • Pantas mencuri perhatian terutama selepas kemenangannya merangkul trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31.
  • 'Terlalu Memuja' bakal menghiasi drama adaptasi novel karya Siti Rosmizah, Curi-Curi Cinta yang bakal ditayangkan menerusi Slot MegaDrama di saluran Astro Ria. Dibintangi barisan pelakon ternama seperti Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza, Adam Lee, Uyaina Arshad, Talha Harith, Fauziah Nawi dan ramai lagi.
  • Jika tiada aral melintang, Wany juga bakal merealisasikan persembahan Trio Concert Tour 2019 bersama rakan gandingan, penyanyi hangat Khai Bahar dan Sufian Suhaimi menerusi penjelajahan ke empat lokasi bermula Johor Bahru pada 13 Julai, diikuti Kuantan (17 Ogos), Alor Setar (5 Oktober) dan kemuncaknya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 November hadapan. Tiket boleh didapati dengan harga RM67, RM107, RM200 dan Rm400 menerusi platform e-dagang, Shopee.

          

lirik lagu terlalu memuja wany hasrita 2

Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

         

Sumber:

1. Wikipedia

2. BH Online

3. Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)