Kredit foto: Instagram @muna.shahira

Biodata

1. Nama sebenarnya, Muna Shahira binti Munadir.

2. Berusia 25 tahun (2019).

3. Berasal dari Johor.

4. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Matematik & Ekonomi daripada Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

5. Bakatnya dalam bidang nyanyian dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia 2014 yang antara lain melahirkan penyanyi Aman Aziz, Ewal dan Nina Nadira. Beliau bagaimanapun tidak berjaya menempatkan diri sebagai finalis akhir apabila menjadi peserta ketiga disingkirkan di minggu keempat, selepas melaksanakan cabaran lagu tugasan 'Hilang' dendangan asal Najwa Latif, Diam-diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram), Percayalah (Indah Suhaila) dan Kekal (Ziana Zain).

6. Kini bernaung di bawah syarikat rakaman FMC dengan kontrak diikat selama lima tahun.

7. Pernah terbit dengan single Takdir Cinta pada November 2017 dan Teguh Setia pada hujung 2018, kedua-duanya ciptaan Ibnu dan Gouffran.

8. Laman Instagramnya, @muna.shahira diikuti lebih 50,000 pengikut.

      

Fakta Menarik

  • Meminati genre muzik balada.
  • Meletakkan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi pujaan, manakala Datuk Farid Kamil dan Lisa Surihani sebagai idola dalam bidang lakonan.
  • Menyifatkan diri seorang yang ceria dan mudah dibawa berborak.
  • Suka menyanyi di dalam tandas!
  • Walaupun senang mengalirkan air mata, namun dalam masa sama seorang yang berkarakter tegas!
  • Sentiasa berusaha mengejar apa yang dimahukan.
  • Selain menyanyi, beliau turut membantu kedua ibu bapanya mengendalikan sebuah syarikat pengurusan majlis di Johor.

Foto

biodata muna shahirah penyanyi lagu menanti di aidilfitri 2

biodata muna shahirah penyanyi lagu menanti di aidilfitri 3

biodata muna shahirah penyanyi lagu menanti di aidilfitri 4

biodata muna shahirah penyanyi lagu menanti di aidilfitri 5

biodata muna shahirah penyanyi lagu menanti di aidilfitri 6

Kredit foto: Instagram @muna.shahira

Video

Kredit video: Youtube FMC Music

Sumber:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Utusan

4. Harian Metro

5. Selongkar10




Hakcipta iluminasi.com (2017)