Oleh pada 10 Mar 2019 kategori

Lirik

Lagu: Bahagia

Penyanyi: Eza Edmond

Komposer: Hazmi Fahim

Lirik: Hazmi Fahim

         

Dengarkan bibirku berbicara

Tapi dari hatiku yang kini sepi

Kenapa pula perlu berpisah

Bila semua punyai cinta di jiwa

            

Apa mungkin ini selamanya

Ataupun ini hanya seketika

Kenangan yang tersimpan

Di hati sampai mati ku janji

Pulangkan suatu hari nanti

       

Oh oh hari nanti

Oh oh hari nanti

            

Ku ada kamu

Tapi ku perlukan jawapan jujur

Dari kamu

Biar dunia pun tahu

           

Kau kau penipu

Setiap tutur katamu

Hanya permainanmu saja

Untuk aku

Sedihnya hidup begini

            

Setiap yang ku lakukan untuk dirimu

Terasa bagaikan angin berlalu

Bila dirimu tiada hatiku rasa hiba

Kau tanda bahagia kaulah dunia

         

Walaupun aku tahu

Kau bukan milikku

Kau perlu tahu

Sedihnya novel cintaku

             

Biarlah yang fahami

Hanya diriku saja

Ku tetap berdoa

Agar kau bahagia

Agar kau bahagia

         

Ku ada kamu

Tapi ku perlukan jawapan jujur

Dari kamu

Biar dunia pun tahu

         

Setiap yang ku lakukan untuk dirimu

Terasa bagaikan angin berlalu

Bila dirimu tiada hatiku rasa hiba

Kau tanda bahagia kaulah dunia

          

Walaupun aku tahu

Kau bukan milikku

Kau perlu tahu

Sedihnya novel cintaku

              

Biarlah yang fahami

Hanya diriku saja

Ku tetap berdoa

Agar kau bahagia

Agar kau bahagia

Agar kau bahagia

         

           

Info Eza Edmond

  • Nama lengkapnya, Eza Hafizah Edmond.
  • Kelahiran Sabah.
  • Berusia 21 tahun.
  • Mengikuti pengajian dalam bidang muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
  • Bahagia merupakan single solo pertamanya, hasil ciptaan komposer baru yang juga rakan baiknya, Hazmi Fahim.
  • Meminati karya itu secara peribadi kerana bersesuaian dengan karakter vokal beliau, selain disifatkan mesra radio.
  • Artis naungan Sheikh Qalam Records Sdn Bhd.
  • Video muzik Bahagia yang dikongsi di laman YouTube sejak 30 Januari lalu meraih lebih 700,000 tontonan.
  • Pernah tular bersama rakannya, Aruu dengan video single Kawan (Sila Meninggal) yang mengumpul lebih 1.5 juta tontonan di YouTube.
  • Populariti diraih di media sosial memudahkan usaha memperkenalkan namanya sebagai pendatang baharu dunia hiburan.

          

lirik lagu bahagia eza edmond 2

Kredit:

1. Harian Metro

2. Instagram Eza Edmond

3. Youtube Sheikh Qalam Records Sdn Bhd




Hakcipta iluminasi.com (2017)