Oleh pada 07 Jun 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @ctdk

        

'Ikhlas' terbitan Universal Music Malaysia menggandingkan penyanyi tersohor daripada tiga buah negara, Malaysia, Singapura dan Indonesia iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Nissa Sabyan dan Taufik Batisah.

Video muzik lagu berkonsepkan hari raya ini telah dilancarkan secara eksklusif di Apple Music pada 31 Mei lalu, diikuti pelantar digital pada 7 Jun.

      

lirik lagu ikhlas siti nurhaliza taufik batisah nissa sabyan 2

Kredit foto: Umusic

      

Menerusi tinjauan di laman sosial, perasaan teruja mula dikongsi para peminat dari tiga negara serantau itu.

Rata-ratanya teruja apabila impian kolaborasi duet antara tiga penyanyi popular ini akhirnya menjadi realiti menerusi sebuah projek kerjasama khas.

Terdahulu, Siti yang pernah mempopularkan beberapa lagu raya seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran, Air Mata Syawal dan Bila Hari Raya Menjelma, juga pernah tampil dengan sebuah album perayaan memuatkan lagu-lagu bertemakan Hari Raya Aidilfitri berjudul 'Anugerah Aidilfitri'.

      

Lirik

Lagu: Ikhlas

Penyanyi: Siti Nurhaliza, Taufik Batisah & Nissa Sabyan

Komposer: John Jeeves, Ikhwan Fatanna & Omar K

Lirik: John Jeeves, Ikhwan Fatanna & Omar K

      

Sedingin salju

Selembut bayu

Menenangkan hatiku

      

Cahaya malam

Terangi alam

Memuji kebesaran

       

Saat gembira

Hari bahagia

Nikmat disyukuri bersama

      

Tabah berdoa

Mohon afwah-Nya

Moga dirahmati semua

        

Pelita hati yang terbuka

Sahut kemenangan akhirnya

Setelah ku harungi dugaan-Nya

       

Ikhlaskan jiwa dan setia

Ku laung nama-Nya dengan cinta

Bergema keagungan di dunia

       

Gema suara

Syahdu irama

Mewarna suasana

      

Lautan rindu

Berombak pilu

Membawaku padamu

      

Ku yakin akan ada hikmah

Di sebalik segala resah

        

Ku bersyukur atas nikmat-Mu Yang Esa

     

Terbuka

Kemenangan akhirnya

Dugaan-Nya

Dengan cinta

Dunia

      

Sumber:

1. Umusic

2. Youtube Universal Music Malaysia

3. Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)