Oleh pada 11 Nov 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Tiada penyingkiran diumumkan pada konsert minggu kelima program realiti Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), malam tadi.

Menerusi tema 'CurHat', para bintang GV2019 ditugaskan menyampaikan lagu-lagu dengan senikata yang menggambarkan 'curahan hati'.

Begitupun, persembahan Nurfatima menerusi lagu 'Can't Fight The Moonlight' yang dipopularkan LeAnn Rimes gagal menambat hati juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, serta juri undangan mingguan, Datuk Yusof Haslam.

Nurfatima yang di tangga tercorot bagaimanapun diselamatkan apabila pihak produksi mengambil keputusan untuk mengekalkan kesemua peserta.

Lain-lain penyanyi yang mara ke minggu hadapan ialah Naqiu Boboy, Sham Visa, Hady Mirza, Roy, Jatt Black Dog Bone, Wann, Noorshila Amin, Feeza, dan kumpulan One Nation Emcees.

Pada konsert itu juga memperlihatkan persembahan memukau Naqiu menerusi 'Di Ambang Wati' dendangan asal Wings, sekaligus meletakkannya di tangga teratas carta penilaian juri.

Berikut markah keseluruhan peserta di minggu kelima:

   

gegar vaganza 2019 403

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 5

  1. Naqiu Boboy (Di Ambang Wati) - 80%
  2. Jatt (Benci Bilang Cinta) - 79%
  3. One Nation Emcees (Makhluk Tuhan Paling Sexy) - 73%
  4. Roy (Crazy Little Thing Called Love) - 72%
  5. Wann (Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu) - 71%
  6. Hady Mirza (Luluh) - 61%
  7. Noorshila Amin (Semakin) - 59%
  8. Sham Visa (Terima Kasih Cinta) - 53%
  9. Feeza (Jutaan Purnama) - 52%
  10. Nurfatima (Can't Fight the Moonlight) - 50%

    

Sementara itu, One Nation Emcees diangkat sebagai 'Artis Cili Padi Paling Power', manakala Wann merangkul anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak untuk minggu keempat.

Bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam, GV6 yang dipancarkan secara langsung di saluran Astro Ria, diacarakan gandingan hos Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

    

Kredit video: [LIVE] Gegar Vaganza 2019 Live + (Minggu 5)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)