Oleh pada 13 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) melabuhkan tirainya dengan konsert kemuncak yang berlangsung meriah semalam, bertempat di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Pusingan akhir yang membawa tema Gema Akhir ini menuntut para peserta menyanyi dalam dua segmen iaitu solo dan battle.

Tuah berpihak kepada Fitri Haris yang mempertaruhkan lagu Zinnirah (solo) dan lagu Al Nuraa... Yang 5... Yang 6... (battle), sekaligus mengenepikan lima saingan lain.

Diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang terdiri daripada juri tetap Farihin Abdul Fattah, Oki Setiana Dewi dan juri jemputan Datuk M. Nasir, berikut merupakan kedudukan peserta, markah dan imbasan komen pengkritik.

konsert akhir gema gegar vaganza 2 kedudukan peserta markah dan imbasan komen juri 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Solo

Fitri Haris - Zinnirah (89.27%)

"Nyanyi bagus dan ada simbolik persembahan tersendiri" - Datuk M. Nasir.

Adeep Nahar - Sedetik Lebih (89%)

"Adeep telah mencampakkan kecintaan yang mendalam kami terhadap Rasulullah menerusi persembahan anda. Tahniah!" - Farihin Abdul Fattah.

Awi Rafael - Sandaran Hati (79.6%)

"Saya tak akan faham apa yang awak buat, dari segi persembahan, saya terhibur," - Datuk M. Nasir.

In Team - Rabiatul Adawiyah (77.47%)

"Indah sekali. Very simple tapi membawa saya berada di suatu tempat dan suatu masa" - Oki Setiana Dewi.

Heliza & Hazwani - Wassini (76.2%)

"Jika minggu sebelum ini, saya lihat persembahan anda berdua menampilkan ciri wanita yang penuh kelembutan, tetapi minggu ini anda menonjolkan sifat wanita yang tegas. Saya suka persembahan ini," - Oki Setiana Dewi.

Brothers - Mimpi Laila (76.13%)

"Persembahan yang simple tetapi ketat. Brothers menyampaikan sesuatu yang santai tetapi sampai. Tahniah!" - Farihin Abdul Fattah.

Battle

In Team vs Brothers

Al Haq Yang Satu

Awi Rafael vs Heliza & Hazwani Helmi

Pejamkan Mata

Adeep Nahar vs Fitri Haris

Al Nuraa.. Yang 5... Yang 6...

Sumber: Astro Gempak

GGV2 Akhir dikemudikan hos Fakhrul UNIC, Siti Nordiana dan Fikry Ibrahim dan dimeriahkan lagi dengan kemunculan Zamani, Nazri (Raihan) dan kumpulan Jawahir selaku penyanyi undangan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)